Pelawak Achey Vokalis Terbaru Kumpulan Kristal?

 

Pelawak Achey menafikan kononnya dia terpilih sebagai vokalis terbaharu kumpulan Kristal sebagaimana dakwaan yang tular.

Menurut Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 32, spekulasi berkenaan mula diperkatakan apabila videonya menyanyikan lagu Suatu Kenangan bersama Kristal dikongsi oleh kumpulan rock itu di laman Youtube pada Sabtu lalu.

“Sebenarnya itu hanya projek istimewa, Kristal panggil beberapa penyanyi lain menyanyikan lagu popular mereka termasuk saya dan video itu di muat naik ke YouTube.

“Tak sangka pula ia jadi isu besar… Apabila Kristal minta saya nyanyikan lagu Suatu Kenangan itu saya setuju sebab memang sejak dulu minta mereka.

“Tetapi saya bukannya pengganti Lan seperti diperkatakan,” katanya kepada Mstar Online

Achey membuat kenyataan sewaktu menghadiri sidang media program Super Spontan Xtravaganza yang berlangsung pada Isnin.

Beliau bakal menghangatkan persaingan dengan 16 lagi peserta termasuk rakan seperjuangannya, Abam Bocey.

Super Spontan Xtravaganza ke udara di Astro Warna mulai 20 Julai ini, setiap Jumaat, jam 10 malam.

Sementara itu, pelawak yang juga penyanyi ini akui tetap menolak jika ditawarkan menerajui kumpulan rock itu memandangkan komitmen yang padat selaku anak seni, termasuk tanggungjawab sebagai bapa kepada anak angkatnya, Nur Tiara Zinnirah Nasir yang berumur dua bulan.

Apatah lagi, dia menganggap dirinya sebagai pelawak dan penghibur pentas, manakala tuntutan menjadi seorang vokalis kumpulan rock dirasakan agak berat.

Kredit foto: Instagram Achey

“Kalau undangan istimewa itu apa salahnya tetapi untuk komitmen sepenuh masa rasanya sekarang bukanlah masa sesuai.

“Saya tidak bersedia selain melihat diri saya sebagai pelawak dan bukannya penyanyi kumpulan rock… Tanggungjawab itu besar,” katanya.

Mengenai perkembangan lain, Achey kini sedang menyiapkan rakaman single baharu berjudul Anak, yang dicipta khas buat Nur Tiara.

Sumber : Iluminasi

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply