Terkejut tiba tiba ibu Abam dedahkan sesuatu yang mengejutkan tentang balu Abam. Tak sangka sampai macam tu sekali.

Ibu Abam, Sabariah Arshad, memberitahu bahawa dia tidak mahu ambil peduli dengan apa yang dilakukan menantunya, Nor Hidayah Mohd. Ali apabila bertindak untuk keluar daripada rumah selepas pemergian Abam. Menurut ibu kepada empat ini, dia pun tidak tahu membaca. Cuma, segala situasi cerita yang berlaku diketahui melalui penceritaan anaknya, Ali Puteh.

“Selama ini pun, dalam telefon saya hanya ada nombor anak-anak saja yang disimpankan oleh Abam untuk memudahkan saya menghubungi mereka. Cuma seminggu sebelum Abam pergi menghadap illahi, nombor telefon Abam hilang tiba-tiba dan saya memang tak dapat menghubunginya. Tapi, Abam tak pernah lupa telefon saya,” katanya.

Bahkan, katanya dia kini hanya mahu memikirkan nasibnya sahaja selepas kehilangan anak tersayangnya. “Lantak dia lah, dia nak keluar ke, tak nak keluar ke, saya tak ada cakap apa pun. Saya tak hirau. Saya fikir anak saya yang sudah pergi sahaja. Siapa nak tanggung saya makan, saya fikir tu,” luahnya ketika ditemui selepas Majlis Tahlil anjuran Astro Warna yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Jelasnya, lagi, baik Hidayah atau dirinya, masing-masing tidak pernah berhubung selepas pemergian Abam. “Dia tak ada nombor telefon saya, saya pun tak ada nombor telefon dia. Ujarnya, lebih baik dia dan Hidayah, masing-masing tidak berhubung selepas pemergian Abam.

“Saya hanya tahu nombor yang sudah disimpan dalam telefon. Semuanya nombor telefon anak-anak saya,” katanya. Sebelum ini, kisah keluarga Ali menjadi perhatian selepas usahawan Datuk Seri Aliff Syukri menyiarkan temu bual bersama balu Abam, Nor Hidayah secara live di Facebook.

Dalam temu bual itu, usahawan tersebut menyentuh isu sensitif berkaitan harta pusaka. Situasi tersebut kemudian menjadi tegang sehingga mencetuskan perbalahan dua keluarga dan mendapat perhatian warganet. Abam pergi menghadap illahi pada 10 Februari lalu akibat demam panas.

Sumber: gempak via metro

Terkejut Ini Yang Terjadi Saat Ibu Abam Menonton Filem Terakhir Abam Di Panggung Wayang. Warganet Terkejut Dengan Apa Yg Dilakukan Penerbit.

SEPANJANG menonton filem Jodoh Sy4itan di malam gala yang diadakan pada Jumaat, ibu kepada pelawak Abam Bocey iaitu Sabariah Arshad tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir. Sabariah, 63, memberitahu karya terakhir lakonan Abam itu membuatkan dia berasakan Abam masih berada di sisinya.

“Saya rasa seperti dia ada di sebelah saya. Rasa seperti ada dekat dengan saya. Walaupun dia sudah tidak ada, karyanya masih ada. Sabariah menerima sumbangan daripada penerbit filem Jodoh Sy4itan. “Saya harap, orang ramai dapat sokong dan tonton filem ini,” katanya kepada mStar.

Sabariah ditemui ketika malam gala filem Jodoh Sy4itan di E@Curve, Petaling Jaya, pada malam, Jumaat. Filem itu juga merupakan filem terakhir lakonan Abam sebelum dia pergi menghadap illahi 10 Februari lalu. Pada malam gala itu, penerbit filem iaitu Da Motion Sdn Bhd turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga Abam Bocey berikutan pemergian pelawak popular itu baru-baru ini.

Walaupun abam sudah tiada, dia masih diingati dan dihargai. SABARIAH ARSHAD, IBU ABAM BOCEY. Sumbangan berupa wang tunai disampaikan penerbit, Datin Norliza Samion dan Prof Datuk Dr Azman Ching kepada ibu Abam, Sabariah Arshad di malam gala tayangan filem berkenaan.

Dalam pada itu, Sabariah meluahkan rasa syukur dan terima kasihnya kepada Norliza dan Azman atas sumbangan yang diberikan. “Terima kasih kepada pihak produksi atas sumbangan ini. Walaupun abam sudah tiada, dia masih diingati dan dihargai,” ujarnya.

Penggambaran filem bermula pada 18 Julai 2018 di Pasir Puteh, Kelantan dan Jertih, Terengganu. Sementara itu, Norliza mewakili syarikatnya berkata, itu adalah sumbangan daripada seluruh produksi di atas pemergian Abam.

Seluruh produksi filem Jodoh Sy4itan juga bersedih dengan pemergian penerbitnya yang juga suami Norliza, Datuk Mokharul Shamsul Mokhtar. Mokharul yang mesra disapa Datuk Are Sey turut berlakon dalam filem itu dan pergi menghadap illahi selepas terbabit dalam kejadian yang tak diingini di jalan raya pada 24 Mei tahun lalu.

Selain Abam, filem arahan Ismail Bob Hashim ini turut dibintangi Soffi Jikan, Aprena Manrose, Jay Iswazir, Kamarul Yusoff dan Fauziah Nawi. Ia akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 5 Mac ini. Sumber : Mstar. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Media Metro Terkini

Be the first to comment

Leave a Reply