Ini Kisah Disebalik Tiga Kali Tangguh Majlis, Mamat Sepah Kngsi Detik Perkenalan Dengan Akak Polis

Pelawak, Mohd Noor Murad atau lebih dikenali sebagai Mamat Sepah mendedahkan sesi perkenalannya dengan Isteri tersayang, yang juga seorang anggota polis.

Mahu merahsiakan nama bakal isteri, Mamat dan isterinya yang berasal dari Lahad Datu, Sabah itu memahami kerjaya dan tugasan masing-masing.

“Alhamdulillah dia faham dengan kerjaya saya sebagai seorang yang dulunya lebih kepada permotoran dan sekarang ini dalam bidang lawak pula.

“Begitu juga dengan saya perlu memahami kerjaya dia sebagai seorang anggota polis yang menjaga keamanan negara dan orang awam,” kata Mamat kepada MH.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke 62 kpd semua rakyat malaysia serta pahlawan pahlawan negara tercinta yg bekerja keras menjaga keamanan negara setiap waktu..terima kasih di atas sumbangan kudrat kalian kpd negara selama ini walaupun ada segelintir pihak yg mempertikaikan tugasan anda..kami tahu anda tidak “TIDUR”…semoga allah menjaga kalian dan keluarga..ameen.. Saya bangga dgn tugasan kamu wahai tunang.. #pdrm #atm #merdeka62

A post shared by Mamat sepah®️ (@mamatsepah) on

 

Mengabadikan detik perkenalan di IPD Shah Alam, bekas anggota kumpulan Sepah itu membuka cerita sesi perkenalan bersama isterinya.

“Ketika itu saya pergi ke balai untuk tarik report untuk menolong seorang rakan. Kemudian, saya nampak dia berdiri di satu sudut sambil memegang pistol.

“Dia yang mula tegur “Mamat Sepah ke?

“Saya jawab “Ya puan, kenapa ya?”

“Kemudian, dia beritahu saya bahawa k3s tersebut dia yang kendalikan.

“Secara tidak langsung, saya minta nombor telefon dia dengan niat agar k3s tersebut cepat selesai.

“Diam tak diam, kami saling mengenali dan saya mula perkenalkan si dia kepada ibu.

“Lalu, ibu saya bersetuju dengan pilihan saya,” kongsi Mamat yang sudah mengikat tali pertunangan kira-kira setahun lalu.

Mamat,34, ditemui di Hard Rock Cafe,Kuala Lumpur baru-baru ini berkata, dia merancang untuk mendirikan rumah tangga akhir tahun ini.

Bagaimanapun, Mamat terp4ksa menangguhnya atas beberapa sebab.

“Ikutkan dalam plan memang kami nak melangsungkan perkahwinan pada bulan 12 tahun ini, tapi terp4ksa tunda kerana kesibukan kerja saya untuk fokus dalam pertandingan MLM yang akan bermula pada 1 November ini.

“InsyaAllah, jika tiada aral melintang kami akan berkahwin pada tahun 2020 tapi tiada spesifik tarikh lagi,” ujar Mamat yang menganggap wajah isterinya persis wanita Korea kerana memiliki kulit putih gebu.

Terdahulu, Mamat menangguhkan perkahwinan kali kedua selepas merancang perkahwinan pada Mac dan April lalu.

Kedua-dua bulan tersebut mempunyai sebab tertentu iaitu kesibukan beberapa projek di bawah syarikat pengurusan acara miliknya, Mamat Sepah Entertainment dan pembikinan filem Remp-It 2.

Dalam perkembangan lain,Mamat bersama Azlee dan Acong akan bergabung menjadi satu kumpulan,Stone di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 yang bakal bersaing bersama 11 peserta lain.

Program tersebut akan bersiaran secara langsung di Astro Warna (132) dan Astro Warna HD (125) bermula 1 November ini.

Foto : Instagram Mamat via MH

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisangg

Be the first to comment

Leave a Reply