Connect with us

Hiburan

“Kita tak tahu berapa lama akan hidup” – Alif Satar sudah buat wasiat, risau nasib isteri dan anak-anak jika dia m4ti dulu

Published

on

KES kem4tian mengejut pada usia muda beberapa rakan selebriti sejak kebelakangan ini membuatkan penyanyi dan pengacara Alif Satar risau mengenai nasib dan masa depan keluarganya.

Justeru kata Alif dia mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pelan pewarisan harta ataupun dokumen wasiat semasa hidup bagi memudahkan isteri dan anak-anaknya meneruskan kehidupan selepas ketiadaannya.

“Orang selalu cakap supaya buat simpanan, tetapi sepatutnya anda perlu buat wasiat. Saya sebenarnya tak berapa pandai buat benda ni, tapi ia tetap perlu dibuat.

“Macam saya sendiri sudah sediakan wasiat sejak ada anak pertama lagi. Sebab kita tak akan tahu, berapa lama kita akan hidup,” katanya.

Alif di temui semasa sidang media drama bersiri Family Spy di Great Eastern Mall pada Isnin.

Sementara itu bapa kepada tiga anak itu berkata dia juga kini mula menjalinkan kerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) bagi menggerakkan kempen kesedaran kepada orang ramai mengenai kesihatan jantung.

Alif merupakan antara selebriti yang mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan.

“Ianya merupakan sebuah kempen yang di buat melalui saluran YouTube untuk memberitahu dan mendidik orang ramai tentang perlunya menjaga ‘enjin’ anda.

“Apa yang saya buat? Saya jadi seperti tikus makmal, jantung saya jadi bahan uji kaji tentang bagaimana sebenarnya jantung berfungsi dan baru-baru ini saya menjalani uji4n yang dipanggil VO2 Max,” tambahnya.

VO2 Max atau kadar pengambilan oksigen maksimum adalah satu index terbaik untuk melihat kemampuan ketahanan kardiorespirasi seseorang individu apabila menjalani sesuatu latihan kecergasan yang sistematik.

Tambah Alif, beberapa kes kematian akibat ser4ngan jantung yang meny3rang generasi muda membuatkan dia lebih bersemangat untuk menyeru orang ramai agar tidak mengambil mudah mengenai soal kesihatan.

Alif akan muncul dalam drama Family Spy menerusi saluran Astro.

“Ada banyak k3s orang muda terutamanya lelaki meningg4l kerana ser4ngan jantvng. Jadi saya nak ajak orang ramai untuk menjaga kesihatan jantung,” ujarnya.

Bercerita lanjut mengenai isu kesihatan, Alif berkata dia juga merancang untuk menganjurkan aktiviti bersukan yang terbuka kepada orang ramai di Putrajaya.

Menerusi kerjasama dengan Perbadanan Putrajaya (PPj) itu, Alif mengajak orang ramai untuk sama-sama menjalani latihan kecergasan dengannya.

“Saya nak menggalakkan aktiviti bersukan untuk negara. Apabila sertai Ironman, ia bukan untuk kepentingan saya sahaja tapi diharapkan ia dapat memberi impak kepada orang ramai.

“Sekarang ini semua orang suka sertai acara larian, berbasikal… jadi saya nak buat aktiviti bulanan dan nak ajak semua orang train dengan saya. Boleh berenang dekat tasik Putrajaya,” jelasnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending