[VIDEO] Judika Nyanyi Lagu Baru Tak Mungkin Bersama, Air Mata BCL Tump4h, Dirakam Seb4k Di Kerusi Juri Indonesian Idol

Video yang merakamkan aksi spontan Bunga Citra Lestari yang dilihat tak dapat menahan seb4k lalu menangis ketika rakan artis, Judika menyampaikan single terkininya, Tak Mungkin Bersama di program Indonesian Idol pada Isnin menjadi perhatian peminat.

Potongan video berkenaan yang mulai dikongsikan ramai sejak malam tadi di media sosial mencetus viral dan rata-ratanya turut terkesan apabila menonton tangisan ibu kepada seorang cahaya mata itu yang baru sahaja kehilangan suami tercinta, Allahy4rham Ashraf Sinclair, tempoh hari.

Difahamkan, Judika sebelum menyampaikan lagu berkenaan turut menjelaskan, ia berkisar mengenai kehilangan individu yang dicintai.

Bunga (BCL) yang menonton persembahan tersebut di kerusi juri kelihatan beberapa kali mengesat air mata hingga satu ketika dirinya dilihat tertunduk menahan tangis.

Judika juga dilihat seakan-akan sebak dengan situasi berlaku bagaimanapun tetap meneruskan nyayian.

Sementara itu, penyanyi Ari Lasso yang turut sama di kerusi juri dilihat cuba menenangkan BCL.

Terdahulu, berita pemergian Ashraf pada 18 Februari lalu dipercayai akibat ser4ngan jantung nyata mengejutkan industri hiburan di Malaysia dan Indonesia.

 

Ashraf atau nama sebenarnya, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair lahir di London, England pada 18 September 1979.

Bintang itu mengahwini penyanyi BCL pada 2008 dan dikurniakan seorang permata hati lelaki, Noah Sinclair.

Allahy4rham juga merupakan abang kepada penyampai radio Mix FM dan pelakon Aishah Sinclair, 39.

Sejurus menyampaikan lagu berkenaan, Judika turut memberi ucapan serta dedikasi buat BCL.

 

sumber: MH

Foto: YouTube

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply