Connect with us

Hiburan

Ada Nota Isteri Dipintu Bilik, Jen4zah Adik Yana Samsudin Ditemui Bersama Baju Bayl

Published

on

Pemergian adik lelaki tunggal dalam keluarga sememangnya memberi kesan yang begitu mendalam buat pelakon popular Yana Samsudin.

Pada malam semalam, Yana telah memuat naik satu entri memaklumkan bahawa adiknya, Muhammad Fahmi Harith telah meningg4l dunia ketika dalam tidur seorang diri.

Dia yang nyata terkejut dengan keadaan tersebut sempat memaklumkan kepada semua dan memohon agar orang ramai menyedekahkan al-Fatihah buat adiknya itu.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Innalillahwainalillahirojiun… lately ni bila baca berita orang meninggal dan ziarah orang meninggal.. rasa terlalu sayu.. sampai rasa nak elak pun ada sebab tak dapat bayangkan kalau terjadi kat diri sendiri. Hilang abang, hilang ayah hilang suami sekelip mata. . . Rupanyaa hari ni… ? Aku kehilangan adik aku.. Ya Allah .. macam mana nak ada kekuatan diri ni.. satu satunya lelaki dalam adik beradik, baru jadi ayah 37 hari….. . . Dik… ada bagitau Nana yang nak balik Yong peng minggu ni kan sebab nak sambut birthday sekali? Rupanya betul akak bawa ko balik dik… kejap lagi kita jumpa Nana dan Fattah , mak abah dan semua ya.. . . Dik.. akak halalkan segalanya dunia akhirat… Dik , ko seorang yang memudahkan urusan orang lain.. ada masalah diam.. takda masalah pun diam.. . . Tak da apa lagi akak boleh cakap , akak dah sakit kepala sakit mata menangis dari siang tadi.. akak terlalu sayang kan ko , tapi Allah lebih sayang kan ko dari segalanya… . . Ko pergi tanpa kata apa apa kepada kami.. Nana masih pantang kat Sarawak .. ko pergi tinggalkan dunia ni sorang sorang kat rumah tu dik… . . Ya Allah sedih akak dik .. tapi akak tengok di sebalik hikmah semua ni mudahnya kau pergi dik… . Semoga Allah ampun segala dosa dan mudah kan urusan di akhirat kelak… amin.. . . Mohon doakan Al-Fatihah buat arwah adik saya Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin. @fahmiharith #achikamie yang meninggal masa tidur .. . . Mohon jika ada salah silap arwah minta halal makan minum arwah. Kalau ada apa apa PM saya dan suami saya ya.. @fadzilzahari … yang benar -YS @mizznana88

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

Namun begitu, menerusi posting terbaru Yana di Instagram, dia telah memuat naik kembali penulisan seseorang yang menjadi orang terawal yang menemui jenaz4h adiknya.

Ternyata apa yang ditemui oleh Ustaz Faizal, (individu yang menemui arw4h dirumah)  di pintu bilik allahy4rham adiknya sangat menyentuh hati. Nota yang ditampal dipintu bilik adalah pesanan dari isteri yang sedang berpantang di kampung buat suaminya yang berada seorang diri di rumah.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Repost–‎- ‎انّا للہ و انّا الیہ راجعون ‎اللَّهُمَّ اغْفِرْله وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه. . Dapat panggilan dari Balai Polis memaklumkan ada kematian di kariah sini. Aku terus bergegas ke tempat kejadian. Cari waris, jumpa @fadzilzahari Dia bagi detail pasal arwah. Umur baru 30. Tak jauh umur dengan aku. . Ini yang Allah sebut dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat ke 61 “Maka apabila telah tiba waktunya (yang ditentukan) bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya barang sesaatpun & tidak (pula) mendahulukannya.” . Arwah meninggal dalam tidur. Sorg2 kat rumah. Isteri tengah dalam pantang kat kampung. Isteri call seharian tak berjawab. Call tempat kerja kata dia tak masuk kerja. Keluarga dah risau. Waris kat sini datang nak check rumah.Tengok2 arwah dah terbaring kat atas katil. Baru2 ni ada juga 1 kes yang kami urus, meninggal macam ni. . Tapi, kes yang ni lain sikit. Suasana nya tu! ?Tak macam selalu yang kami uruskan sebelum2 ni. . Aku masuk bilik nak tengok keadaan jenazah. Arwah baring atas katil berselimut. Muka bersih mcm tengah tidur. Cuma sendi dah mula mengeras mungkin sebab jenazah dah lebih 12 jam. . Alhamdulillah, jenazah dapat diqiamkan. Kaki dapat diluruskan. Allah Maha Baik! . Masa tengah nak ambil kain batik utk selimutkan arwah tu yang aku perasan nota pesanan dari isteri arwah ni. Allah Allah. Nota dilekatkan di pintu bilik arwah. Menggambarkan betapa risau nya seorg isteri terhadap suami yang sedang berjauhan. ? . Aku capai kain batik, bila beralih ke bahagian kepala arwah baru aku perasan, ada sepasang baju baby kat tepi bahu arwah. Dapat tahu yang arwah rupanya baru jadi ayah 37 hari. Allah Allah. ? . Tersentak. Hiba. Sayu. Terkunci kata2. . Dgn bantuan jiran2, arwah telah dibawa turun dari apartment & selamat dibawa ke Jabatan Forensik HTAR. Takde yang sukar, semua urusan malam tadi Allah permudahkan. Allah Maha Baik! . Terima kasih semua yg hadir & membantu. Semoga Allah rezekikan kita husnul khotimah. . Aku X pernah kenal pon arwah ni. Tapi aku yakin, arwah merupakan org yang baik sepanjang hayat nya. . Salam takziah buat isteri arwah & keluarga Yana Samsudin. . Ustaz @faizal.khalid_ Badan Khairat Kematian, Bandar Setia Alam

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

 

Menerusi ustaz Faizal lagi, terdapat sepasang baju bayi dibahu arwah ketika jenaz4hnya ditemui diatas katil dalam keadaan seakan sedang tidur itu.

Perkongsian yang dibuat oleh Yana Samsudin di Instagram miliknya telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Mereka juga berasa pilu membaca perkongsian tersebut kerana mengenangkan keadaan allahy4rham yang baru saja bergelar bapa 37 hari lepas.

Ucapan takziah turut tidak putus diterima dan masing-masing mendoakan agar allahy4rham adik kepada Yana Samsudin itu ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

 

Sumber:Yana Samsudin

Sumber : NUA

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending