[GAMBAR] Majlis Potong Jambul Anakanda Tunku Aminah & Dato’ Dennis

Khabar berita yang cukup gembira apabila kerabat diraja Johor menerima seorang lagi ahli baharu apabila YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim telah selamat melahirkan seorang cahaya mata.

Menerima Kehadiran Seorang Puteri 

Berita gembira itu dikongsi menerusi Majlis Berandam Surai buat anakanda Tunku Aminah dan Dato’ Dennis Muhammad Abdullah semalam. Difahamkan, pasangan diraja itu menyambut kelahiran seorang puteri dan majlis itu diserikan lagi dengan kehadiran DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah yang berkenan berangkat ke majlis Berandam Surai.

 

Keluarga Diraja Johor Turut Berangkat 

Turut berangkat sama, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam serta paduka-paduka anakanda dan Kerabat DiRaja Johor. Majlis Potong Jambul dimulakan oleh Tuanku Sultan Johor serta Permaisuri Johor sambil diiringi selawat Nabi, diikuti paduka-paduka anakanda.

 

Sebagai info puteri tunggal Sultan Johor itu telah mendirikan rumah tangga dengan Dennis Verbaas seorang warganegara Belanda pada 14 Ogos 2017. Dennis telah memeluk islam pada 31 Mei 2015 dengan nama islamnya kini Dennis Muhammad Abdullah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: murai.my

Be the first to comment

Leave a Reply