Connect with us

Hiburan

Pawi ni rumahnya takde cermin ke hape? Netizen, k3s cembvru ke rupanya?

Published

on

Saya tak kawal hidup Safawi’

SAYA tidak pernah mengongkongnya. Selama ini saya menjaganya dengan baik kerana tidak mahu kerjayanya terjejas,” kata pelakon Syifa Melvin, 26, mengenai dakwaan dia dikatakan menjadi punca kepada kemerosotan prestasi bintang bola sepak negara dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang juga kekasihnya, Safawi Rasid, 23.

Syifa ketika dihubungi Harian Metro berkata, selama ini dia menjaga Safawi dengan baik kerana tidak mahu kerjaya pemain berstatus bintang itu terjejas seperti dulu apabila sering dikaitkan dengan isu skandal bersama selebriti.

Menurut Syifa atau sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, sekiranya dia memberi tekanan kepada Safawi sudah pasti pemain itu ‘angkat kaki’ dan memilih untuk tidak bersamanya.

ini wasap pawi dan TMJ

“Kalau dia rasa saya mengawal hidupnya, pasti sudah lama dia angkat kaki. Tapi, kenapa dia masih mempertahankan hubungan ini? Dia sudah dewasa dan matang untuk membezakan hubungan yang baik dan buruk,” katanya.

Semalam, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi hantaran di Instagram mendakwa kemeros0tan mendadak pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim lalu itu disebabkan tekanan daripada Syifa untuk berkahwin dengan Safawi.

Susulan desakan itu, pemain Harimau Malaya itu dikatakan hilang fokus hingga gagal memberi aksi terbaik dalam padang.

Syifa berkata, dia sedih apabila ditvdvh menjadi penyebab kepada aksi longlai Safawi dalam tiga aksi skuad Harimau Selatan setakat ini selain mendesak Safawi berkahwin hingga dia hilang fokus.

Dia juga dikatakan hanya mahu menumpang di atas kekayaan dan populariti Safawi sebagai pemain bola sepak.

“Berapa banyak gaji dia pun saya tak tahu. Saya bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki dan duit sendiri. Tak pernah sekali pun saya minta duit dia untuk sara hidup. Dia pun kenal saya macam mana.

“Demi Allah, saya tak pernah paksa dia berkahwin kerana saya tahu tanggungjawab dia besar. Dia mempunyai 13 adik-beradik dan saya faham apa yang dia hadapi. Namun, dalam setiap perhubungan pasti ingin berakhir dengan perkara yang baik dan halal. Sebenarnya perancangan untuk berkahwin dia yang suarakan dulu selepas hubungan kami mula serius,” katanya.

Dalam pada itu, Syifa juga percaya apa yang dikatakan Safawi kepada Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor menerusi perbualan WhatsApp adalah ketika mereka mempunyai masalah tahun lalu.

“Dia masih muda dan mungkin tidak cukup kuat untuk lalui perkara ini. Namun, saya percaya apa yang berlaku ini akan menjadi pengajaran terbaik untuk dirinya,” katanya.

Terdahulu adik kepada Syatilla Melvin itu turut menafikan meng0ngkong Safawi di laman story Instagramnya.

“Tak pernah paksa kahwin, tak pernah mintak satu sen duit Safawi!! Demi Allah, Allah Maha Adil,” katanya yang kemudian memadamkan ‘posting’ itu.

so INIKAH MASALAHNYA TAHUN LEPAS TU?

SYIFA jeles yg pawi masih contact ex  gf? so timbul nya wasap yg macam screnshot atas tu?

“Masih Menghubungi Saya Beberapa Kali Walaupun Sedang Bersama Syifa Melvin” – Anim Ezati Rimas ‘Dig4nggu’ Safawi Rasid

Pengacara Anim Ezati Rizki mendedahkan bekas kekasihnya, pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid masih menghubunginya biarpun hubungan mereka sudah berakhir sejak Januari lalu.

Pada awalnya, Safawi menerima perpisahan ini dengan baik namun selepas itu perkara yang sebaliknya telah berlaku.

“Pada mulanya Safawi okey tetapi selepas itu dia masih menghubungi saya beberapa kali.

“Tidak cukup dengan saya, dia ada berhubung dengan keluarga dan rakan terdekat saya.

“Saya rasa mungkin Safawi berasa pelik kerana saya tidak mencari dia semula walaupun dia sudah menghubungi saya.

“Kalau dulu, setiap kali dia melakukan kesalahan, saya akan memaafkannya memandangkan kami sudah tiga tahun bersama.

“Namun kali ini, saya sudah membuat keputusan untuk meneruskan hidup saya tanpa dia.

“Saya juga bersyukur apa yang dilakukan oleh Safawi langsung tidak mengganggu perasaan saya cuma semakin lama, ia merimaskan,” katanya kepada Gempak.

Tambah Anim, dia mengetahui tentang hubungan Safawi bersama adik pelakon Syatilla Melvin, Syifa.

“Sebenarnya, saya dapat tahu hubungan Safawi dengan Syifa menerusi peminat.

“Ada segelintir pengikut yang ‘tagged’ video dan gambar mereka kepada saya. Malah, Safawi sendiri sudah mengaku kepada saya.

“Dalam masa yang sama, Safawi masih cuba menghubungi saya dengan menggunakan nombor kawan-kawannya kerana saya sudah ‘bl0ck’ Safawi di WhatsApp.

“Safawi juga menyatakan dia masih menyayangi serta merindui saya.

Dia juga menyuruh saya untuk putus dengan teman lelaki saya dan kembali kepadanya.

“Saya berkeras dengan mengugvt untuk memberitahu perkara ini kepada Syifa namun dia sangat yakin bahawa saya tidak akan melakukannya.

“Tanggapan itu salah kerana saya sudah memberitahu rakan rapat Syifa tentang apa yang terjadi.

“Niat saya memberitahu perkara sebenar kerana takut apabila semua ini kant0i, ia akan menjejaskan hubungan saya dengan Syifa.

“Selepas beberapa hari, Safawi ada memar4hi saya kerana menceritakan perkara ini kepada kawan Syifa.

“Saya masih menyimpan kiriman mesej yang dihantarnya. Jadi, saya beranggapan Syifa sudah mengetahui segalanya. Saya sudah selesai dengan bahagian saya,” katanya lagi.

Terdahulu, pemain kebangsaan berusia 22 tahun itu pernah digosipkan dengan Wani Kayrie, Sweet Qismina dan Ruhainies.

Biodata

1. Nama lengkapnya, Anim Ezati Rizki binti Mohd Khalis.

2. Dikenali sebagai Anim Ezati Rizki.

3. Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 28 Mac 1992.

4. Kini berusia 27 tahun.

5. Pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Pengurusan Sumber Manusia daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Melaka.

6. Merupakan pengacara dan personaliti televisyen yang mula aktif sejak tahun 2017.

7. Antara program televisyen kelolaannya seperti rancangan bual bicara pagi Malaysia Hari Ini, siri televisyen realiti jenayah 999 dan Pitch Side Football untuk Liga Malaysia.

Fakta Menarik

1. Bekas pemenang Anugerah Bintang Olay 2017.

2. Pernah berkhidmat sebagai pramugari di syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia selama empat tahun.

3. Selain itu, beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Eksekutif Sumber Manusia di sebuah syarikat.

4. Mula mengenakan hijab sejak Disember 2018.

5. Kedua orang tuanya meningg4l dunia pada 22 tahun lalu.

6. Pernah menjalin cinta dengan pemain bola sepak, Safawi Rasid sebelum hubungan itu bertukar menjadi sahabat kerana Anim enggan komitmen hubungan mereka mengganggu karier bintang sukan itu yang sedang berkembang.

Sumber : penakita.pw

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending