Amir Raja Lawak sampaikan berita sedih rakan seni tidak sedarkan diri dan mohon mendoakannya

 

BEKAS peserta Raja Lawak 5, Gbob, dikej4rkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas terj4tuh di rumahnya, semalam.

Perkara itu dimaklumkan pelawak, Amir Raja Lawak menerusi kiriman video kepada rakan artis.

“Ada sedikit berita sedih nak beritahu. Sahabat kami dari keluarga Raja Lawak iaitu Gbob terjatuh masa di rumahnya pada pagi semalam dan sekarang berada di HKL.

“Info terkini, Gbob berada dalam bilik pembed4han untuk buang dar4h beku dalam kepala.

“Insya-Allah tak ada apa-apa yang burvk, jangan buat spekvlasi yang bukan-bukan,” katanya yang meminta semua pihak mendoakan yang baik-baik untuk Gbob dan keluarganya.

Menurut Amir, mana-mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan bagi meringankan urusan keluarga Gbob, boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank 1143 0207 5393 milik isterinya, Siti Aisyah Wahiddin.

Sementara itu, Biro Agama Seniman Malaysia, Salman al-Farisi berkata, Gbob selamat menjalani pembed4han membuang d4rah beku di kepalanya, namun masih belum sedarkan diri.

“Dia kini ditempatkan di Unit Raw4tan Rapi (ICU). Semoga berkat penghulu segala hari Jumaat, dipermudahkan urusan keluarganya.

“Saya memohon semua yang mengenali Gbob doa dan hadiahkan bacaan Surah al-Fatihah,” katanya.

Gbob, 33, atau nama sebenarnya Mohd Hamizi Hashim menganggotai kumpulan Bobo ketika bertanding dalam Raja Lawak 5.

Dia pernah membintang filem Halim Munan, Strawberi Cinta dan Operasi X serta pelbagai drama antaranya Nasi Minyak Kuah Cinta dan terbaru Bila Hati Berbisik

Sumber : h metro

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply