Connect with us

Hiburan

Stacy & Akim Clpta Magls Dalam ‘Aku Kau Dan Muzik’

Published

on

Biarpun berbeza aliran dan fahaman muzik, siapa sangka pasangan penyanyi Stacy Anam dan Akim Ahmad berjaya menempatkan diri bukan saja sebagai pasangan dvet ser4si sekali gus mencipta magis tersendiri.

Buktinya, menerusi single duet mereka, Aku Kau Dan Muzik yang dilancarkan pada 14 Februari lalu, sambutan luar biasa diberikan. Apatah lagi, ia sudah lama dinanti peminat.

Lagu hasil ciptaan Hang Nadim, Bunga Cantik yang juga Akim dan Stacy dan Freddy itu secara keseluruhan menceritakan kisah kedua mereka yang berjuang dalam aliran sama dan kemudian mendirikan rumah tangga atas nama clnta.

Stacy, 30, atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Anam berkata, lagu itu dianggap cukup istim3wa kerana dihasilkan dari dalam hati selain proses yang teliti.

“Lagu ini sudah lama disiapkan iaitu sejak Ogos tahun lalu. Tapi, disebabkan kami terbabit dalam program Mentor 2019, jadi projek ini tertangguh. Awal tahun ini baru kami ada kelapangan untuk memulakan proses rakaman.

“Melodi siap dulu dan baru saya tulis lirik. Selepas itu, baru dapat tajuk dan kami sepakat pilih tajuk ini. Tidak dijangka pula, melodi dan lirik kena dengan kami yang mana bertemu dalam bidang ini.

“Lagu ini dihasilkan ikhlas dari dalam diri kami yang mana ekspr3si kami sebagai suami isteri. Disebabkan itu, kami cukup teliti dari semua sudut termasuk rentak, melodi dan muzik,” katanya.

Menariknya, lagu itu adalah terbitan sulung dan sepenuhnya syarikat mereka, Rhythm & Rhyme Entertainment (R&R Entertainment).

Malah Akim, 29, atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad mengakui, dia dan Stacy tidak menjangka penghasilan lagu itu lebih mendalam sekali gus memberikan warna baru dalam muzik mereka.

“Apabila lagu ini siap sepenuhnya, saya menganggap ia magls. Memang tidak menjangka sama sekali hasilnya boleh pergi sedalam ini.

“Mungkin ini berkat kerjasama kami dan Freddy yang bersama-sama ‘monitor’ proses penghasilan lagu ini dari awal sampai habis. Apa yang diinginkan dalam lagu dapat dipersemb4hkan.

“Sejujurnya, gabungan saya dan Stacy dalam bidang bidang penulisan lagu ini adalah saling melengkapi. Saya akan bertanya dan meminta pandangan daripadanya. Apa yang dirasakan kurang dia akan tambah,” katanya.

 

Disebabkan itu, Akim yang juga vokalis kumpulan Akim & The Majistret mengakui semakin selesa bekerjasama dengan isterinya sebagai pasangan komposer.

“Sejujurnya, kami selesa bekerjasama. Apatah lagi, sekarang kami banyak luangkan masa bersama. Proses nak buat lagu bukan mudah. Perlukan masa untuk mendapatkan idea.

“Jadi, ada ketika kami akan bercvti dan berkara0ke bersama untuk mencari insplrasi. Apabila masing-masing dapat id3a, kami akan gabvngkan,” katanya.

Selain sibuk dengan projek lagu sendiri, Stacy dan Akim juga dalam proses menerbitkan lagu untuk beberapa penyanyi di bawah syarikat mereka.

Antaranya, Rika Mentor 2019, Sharul Kamal, Seven Days dan Dr Hafiz Zainal.

Single Aku Kau Dan Muzik itu sudah boleh didengar dan dilanggan di semua platform digital muzik.

Lirik video rasmi lagu itu juga boleh ditonton di saluran YouTube Rhythm & Rhyme Entertainment. Dalam tempoh dua minggu sudah mencatatkan lebih 500,000 tontonan.

Muzik video rasmi pula bakal dilancarkan tidak lama lagi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Gempak

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending