Qody Rani Terkilan hil4ng bapa saat naik pelamin

KUALA LUMPUR: Di sebalik kegembiraan bergelar suami, penyanyi, Qody Rani, 24, sedih apabila hari bahagianya tidak dapat disaksikan oleh arw4h bapanya.

Bapanya, Allahyarham Abdul Rani Awang menghembuskan nafas terakhir pada 1 Mac lalu, empat hari sebelum majlis perkahwinannya kerana peny4kit paru-paru yang dihidapi sejak hampir 10 tahun lalu.

Qody atau nama sebenarnya, Rossaidi Abdul Rani yang juga naib juara Mentor Milenia 2016 sah menjadi suami kepada Nurul Atiqah Mohd Fuad di Langkawi pada Khamis lalu.

“Saya terlalu sedih kerana arw4h bapa tiada bersama pada hari pernikahan. Apakan daya, Allah SWT lebih menyayanginya.

“Arw4h mend3rita peny4kit paru paru sejak sedekad lalu, cuma kesihatannya makin merosot, sejak akhir-akhir ini

“Bapa menghembuskan naf4s terakhir di sisi ibu tiri pada usia 69 tahun. Saya reda dengan pemergiannya,” katanya kepada BH Online.

Penyanyi yang popular dengan lagu Dia itu berkata, dia agak terkilan tidak dapat menjaga arw4h sepenuh masa berikutan komitmen kerja.

“Ayah dan ibu saya berpisah sejak 20 tahun lalu. Saya tidak dapat menjaganya sepenuh masa kerana sibuk dengan tuntutan kerjaya.

“Saya akui, terbit dalam hati mahu kehadiran arw4h bapa pada saat bergelar suami, sekalipun hanya mampu berada atas katil.

“Saya melihat adik beradik lain beruntung berkahwin pada saat arw4h masih ada, saya pula sebaliknya. Bagaimanapun, kita hanya merancang, Tuhan menentukan,” katanya.

Penyanyi kelahiran Pulau Tuba, Langkawi itu pernah muncul dengan beberapa single termasuk lagu Dia ciptaan Ippo Hafiz. Lagu Dia yang juga lagu tema drama Kekasih Paksa Rela pernah meledakkan nama Qody.

Selain itu, Qody pernah berduet dengan Marsha Milan Londoh menerusi lagu tema filem Tujuh berjudul Ku Bersumpah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply