Connect with us

Hiburan

Mengejutkan bila isteri Rashidi Ishak dah jumpa pengganti dan berkahwin lain?

Published

on

Sebelum ini sedikit heb0h mengenai rumahtangga pasangan selebriti Vanidah Imran dan Rashidi Ishak yang dikatakan sedang berantakkan apatah lagi pasangan itu turut dilihat ke Mahk4mah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 9 Ogos lalu.Vanidah sendiri tidak mahu memanjangkan g0sip itu jika dia memberi sebarang kenyataan mengenainya.

Difahamkan pasangan itu berpisah cara baik dan segala hak penjagaan anak diserahkan kepada Vanidah atau lebih mesra dipanggi Vee. Vee dan Rashidi, 45, berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 17, dan Maryam Rashika, 14.

Terbaru sekeping gambar yang dimuatnaik di Instagram miliknya telah menimbulkan tanda tanya dikalangan pengikutnya. Foto itu menunjukkan sepasang pengantin sedang meraikan hari perkahwinan sambil memotong kek.

Tanpa membaca kapsyen, rata-rata warganet menyangka ia adalah hari perkahwinan Vee bersama suami barunya. Tidak kurang juga, ada peminat yang terkejut bahawa sebenarnya Vee dan Rashidi sudah berpisah. Nampak sama tapi bukan Vee! Itulah hakikatnya.

Pengantin sebenar yang bernama Ida Ghazali ini memiliki raut wajah mirip seperti Vee. Lebih mengujakan apabila Ida sendiri memberikan komen di Instagram Vee tersebut. Apa yang dia cakap eh? Yang pasti mereka cuma pelanduk dua serupa je. Sekali pandang memang saling tak tumpah dengan wajah Vee.

FOTO :

Bagi Vanidah atau lebih mesra disapa Vee, perpisahan yang terjadi selepas 18 tahun usia perkahwinan mereka diambil menerusi persetujuan bersama. Kata Vanidah, tidak berlaku sebarang pertngkaran antara dia dan Rashidi yang akhirnya membawa kepada kerntuhan rumah tangga mereka..

Dalam masa sama, Vanidah berkata, dia sedar bahawa perpisahan bukan sesuatu yang disukai dalam agama, namun memahami bahawa perpisahan juga dibolehkan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu. “Segala apa yang berlaku ada sebabnya. Demikian juga rumah tangga saya dengan Shidi. Sudah tentu perkara ini (perpisahan) berlaku kerana ada sebab-sebab yang biarlah kami sahaja yang tahu.

“Saya fikir adalah tidak manis untuk saya berkongsi punca perpisahan kerana mendedahkan hal itu seperti membuka aib kami berdua,” kata Vanidah kepada Astro AWANI. Selama tujuh bulan bergelar ibu tunggal kepada dua cahaya mata Mikhail Aimran, 18 dan Maryam Rashika, 15, pelakon filem Perempuan Melayu Terakhir itu berkata, dia sudah mula menerima ketentuan bahawa jodohnya dengan Rashidi hanya bertahan setakat itu sahaja.

Sekalipun sudah tidak bersama sebagai suami isteri namun Rashidi, kata Vanidah, masih mengambil berat dan perhatian kedua-dua permata hati mereka.“Seperti yang saya katakan, kami berpisah cara elok, tiada prbalahan. Kata sepakat dicapai selepas perbincangan yang panjang. Demi masa depan anak-anak, kami sepakat untuk tidak bersngketa. Bahkan, saya dan Shidi akan terus bersahabat. Itu ikrar kami,” ujar Vanidah lagi. Pasangan Rashidi dan Vanidah mendirikan rumah tangga pada 2000.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Artikel berkaitan : Mengejutkan Rashidi Ishak Buat Pengakuan Bila Ditanya Peluang Untuk Balik Bersama Bekas Isterinya Vanida Imran. Warganet Terkejut Dengan Pengakuannya.

Pertemuan dan perpisahan adalah rencah kehidupan. Apatah lagi dalam kehidupan suami isteri ada pasang surutnya. Berpisah hidup merupakan pengalaman yang amat memilukan berbanding berpisah jasad dek kerana nyawa. Berpisah kerana salah seorang dijemput Ilahi lebih mudah diterima berbeza berpisah kerana tiada jodoh dalam perkahwinan.

Namun bukanlah semua perpisahan itu menjadi pilihan utama pasangan kerana ada ketikanya perpisahan berlaku atas beberapa sebab dan faktor. Antaranya ketidakserasian hubungan, campur tangan keluarga dan orang ketiga, kegagalan menjalankan tanggungjawab dan banyak lagi.

Sejak mengumumkan perpisahan, masih ramai mengharapkan Rashidi Ishak dan Vanidah Imran kembali bersatu. Menyedari hal itu, Rashidi tidak mahu peminat terus berharap kerana perkara itu mustahil baginya. “Harapan saya sebenarnya sudah hilang saat saya melafazkan talak terhadap bekas isteri. Saya tahu jodoh itu rahsia Allah.”

“Tetapi buat masa sekarang, untuk kembali bersama bekas isteri, bukanlah satu pilihan. Saya tahu ramai peminat mengharapkan keajaiban. Namun, cukuplah menyatukan kami. Ini kerana kami sudah meneruskan kehidupan masing-masing. Selain menjadi ibu bapa kepada dua anak, kami sudah tiada hubungan lain.”

Pernah timbul gosip mengatakan Rashidi kini sedang mengenali seorang gadis, Rashidi mengakui dirinya kini sedang membuka hatinya untuk berkawan dengan semua orang. Jelas Rashidi, beliau tidak mahu terus bersedih lagi.

Terdahulu Mac lalu, Rashidi mengesahkan beliau dan Vanidah sudah berpisah di Mahkamah Syariah di sini, pada 9 Ogos tahun lalu. Berita itu sengaja dirahsiakan bagi menjaga hati beberapa pihak. “Sekarang saya memang berkawan dengan semua orang. Jika ada jodoh, saya tidak menolak. Mungkin orang akan fikir terlalu cepat. Tetapi sampai bila saya perlu bersedih. Lumrah manusia mahukan teman dalam hidup,” jelasnya.

Rashidi Ishak Terkejut Terima 300 Mesej Peminat Setiap Hari.

Nampaknya, selepas mengumumkan perpisahannya dengan Vanidah Imran akhir bulan lalu, Rashidi Ishak mengakui sering kali menerima mesej menerusi laman Instagramnya. Akui terkejut hampir ratusan mesej diterimanya, Rashidi memberitahu kebanyakan penghantar mesej memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepadanya untuk teruskan kehidupan selepas berpisah.

“Jujurnya saya terkejut terima banyak sangat DM di Instagram, bukan untuk ‘mengorat’ tetapi memberi kata perangs4ng agar saya terus kuat untuk move on. Lebih kurang 300 direct message dalam sehari. Saya minta maaf kepada sesiapa yang menghantar mesej namun belum dibalas. Saya akan cuba balas sedaya upaya. Apa yang saya boleh cakap, saya sangat hargai usaha kalian,” katanya.

Ujar Rashidi lagi, dia kini lebih bersemangat untuk membina hidup baru dan sudah move on dengan peristiwa lalu. Ditanya sama ada mahu merujuk kembali dengan bekas isteri, Rashidi memberitahu mustahil buat masa sekarang, namun dia percaya dengan perancangan Allah. Selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga, Rashidi mengesahkan dia dan Vanidah sudah berpisah pada 9 Ogos tahun lalu. Rashidi dan Vanidah berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua cahaya mata, Mikhail Imran dan Mariyam Rashika.

Fenomena berpisah dan berhasrat mahu kembali semula sebagai suami isteri ada baik dan buruknya. Jika dipandang daripada sudut yang positif, selepas berpisah suami atau isteri akan mulai terasa kehilangan kerana antara keduanya banyak kenangan yang dilalui sama ada manis ataupun pahit.

Bahkan pengalaman itu akan membuatkan pasangan mulai menilai kelebihan pasangan masing-masing berbanding memikirkan soal kekurangannya. Antaranya sikap pasangan yang ringan tulang, penyayang walaupun kedekut, tidak suka dengan aktiviti yang terlalu bersosial, bukan kaki perempuan dan sebagainya. Sikap yang baik ini akan menjadi igauan pasangan apabila sudah berpisah.

Sumber : Rotikaya / Kecohbetul

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending