“Tak sangka keturunan aku ada yg pandai belajar, ingatkan pandai sh0pping je” – Michael Ang

Heboh keputusan Sijil Matapelajaran Malaysia (SPM) di setiap laman media sosial. Ramai calon SPM telah berkongsi slip keputusan SPM menerusi laman Twitter dan Instagram apabila mereka akhirnya berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang.

 Tidak terkecuali, penerbit dan pengarah, Michael Ang turut berkongsi keputusan cemerlang SPM yang diperolehi anaknya iaitu Ryan Ang baru-baru ini.

Menerusi slip keputusan yang dikongsi kepada umum oleh Michael sendiri menerusi laman instagram miliknya, anaknya telah berjaya memperolehi keputusan 9A bagi setiap matapelajaran yang diambil. 

Sambil mengucapkan tahniah atas kejayaan anaknya itu, Michael turut mendoakan agar cita-cita Ryan ingin bergelar seorang doktor akan tercapai satu hari nanti.

Menurut Michael lagi, dia mengambil masa yang panjang untuk berfikir terlebih dahulu sebelum berkongsi keputusan cemerlang anaknya kerana takut dianggap menunjuk.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam semua. Congrats to anak ku! Tak sangka otak kau pandai. Tak sangka keturunan aku ada yg Pandai belajar ingatkan Pandai shopping aje. May your dream to a be Doctor do come thru! Sorry Sebab baru post hari ni berpikir panjang and lama baru decided to post sbb takut org Cakap kita menunjuk! All I can say pergi mampus yg pikir aku nak menunjuk! Luv u!

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on

Namun, rata-rata netizen terkejut selepas Michael sendiri mendedahkan keputusan anaknya dan tertanya-tanya mengenai anak Michael memandangkan ramai yang masih tidak jelas berkenaan status perkahwinan Michael yang sebenar

Ada juga salah seorang netizen mendakwa, Michael sudah pun berkahwin dan mempunyai anak.

Siapa sangka, Michael dah mempunyai anak yang kini berumur 18 tahun.

“Sejak bila u ada anak? Tak tau pun”- Netizen

Dalam pada itu, posting Michael telah menjadi perhatian ramai sehingga menerima 48,000 likes.

Ramai netizen turut memberikan reaksi yang positif menerusi ruangan komen. Ucapan tahniah juga memenuhi ruangan komen buat Michael.

“Alhamdulillah. Tahniah. Semoga berjaya dalam mencapai cita-cita”- Netizen

“Congratulations to your son”- Netizen

Tahniah buat Michael dan anaknya, Ryan. Tak sangka Michael dah ada anak bujang ya. Ramai juga netizen yang terkejut hehe..

Sumber: instagram Michaelang38 via oren laici

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisangg

Be the first to comment

Leave a Reply