[6 FOTO] “Cantik Bak bidadari” – Upload Gambar berhijab Ayda Jebat Raih Perhatian Netizen

Baru-baru ini, Ayda Jebat pergi menunaikan ibadah umrah dan dikhabarkan pelakon jelita ini kini juga sudah selamat kembali ke tanah air.

Walau bagaimanapun, penampilan selebriti ini sangat mencuri tumpuan peminatnya apabila dia dilihat tampil berhijab sejak beberapa hari lalu.

Penampilan jadi perhatian ramai

Malah, kelmarin juga foto dikongsikan pengarah dan pelakon terkenal, Sheila Rusly menerusi laman Instagram miliknya membuatkan ramai mendoakan agar selebriti ini terus istiqomah dengan penampilannya itu.

Pun begitu, sebentar tadi pula Ayda Jebat menerusi laman Instagram miliknya ada memuat naik sekeping foto terbaru selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah.

Foto terbaru terima pelbagai komen

Menerusi perkongsian Ayda Jebat berkenaan, dia memuat naik foto dirinya berhijab dan posting itu meraih ribuan tanda suka dalam masa sekejap saja setelah dikongsikan.

Penampilan berhijab pelakon drama Cindai ini sekaligus menerima pelbagai komen positif ramai peminat dan pengikut yang mendoakan agar dirinya kekal istiqamah dan rata-rata turut meluahkan rasa syukur melihat Ayda Jebat di posting terbarunya itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

? . Assalamualaikum. ? . #AydaJebat #WuvvMeOrNot

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

? . Bakal __________ . Isi tempat kosong di atas. ?? . Bakal Perdana Menteri tidaklah. Bakal Permaisuri Hidup Awak, mungkin? Wek! ? . ? @abayalubnaa . #AydaJebat #WuvvWaff

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

Diruangan komen, pengikutnya yang kini sudah mencecah angka jutaan dilaman sosial miliknya itu dalam pada masa yang sama turut memuji penyanyi lagu Temberang ini yang kelihatan manis dalam penampilan berkenaan.

“Sejuk mata tengok bila bertudung”

 

“Cantik sangat. Moga kekal berhijab. Amin”

“Manisnya. Semoga istiqamah. Amin…”

Sumber: Instagram Ayda Jebat via HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisangg

Be the first to comment

Leave a Reply