Abam pernah kngsi keputusan Spm nya di laman ig. Rata rata warganet terkeejut dengan keputusan Spm nya.

Anak dapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan merupakan impian semua ibubapa. Apatah lagi ia menjadi kebanggaan buat ibu bapa yang pastinya mengimpikan kejayaan tersebut. Namun jangan patah hati jika ia tidak berjaya seperti yang diharapkan kerana kita tidak akan tahu nasib dalam bidang pekerjaannya, boleh jadi mereka boleh lebih berjaya daripada mereka yang cemerlang dalam akademik.

Pelawak terkenal Abam Bocey pernah berkongsi foto throwback keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diperolehnya 15 tahun lalu. Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya pada tahun 2018, sesuai untuk mereka yang tidak dapat semua A atau keputusan yang cemerlang.

“Tengok SPM korang berapa, saya takdalah pandai sangat akademik ni, tapi praktikal untuk hidup ada lah,” tulisnya sebagai kapsyen semasa hayatnya dulu.

Berdasarkan foto tersebut, Abam telah mengambil lapan mata pelajaran iatu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Pengurusan Makanan, Fizik dan Kimia. Gagal atau tidak cemerlang dalam peperiksaan bukan bermakna seseorang itu gagal dalam kehidupan. Malah, kegagalan itu patut dijadikan sebagai pengalaman agar kesilapan itu tidak diulangi pada masa akan datang.

Setiap orang mempunyai perjalanan akademik yang berbeza. Ada yang bermula dengan keputusan yang cemerlang, namun kecundang di akhir pengajian dan begitu juga sebaliknya.Mungkin ada yang rasa down dan demotivated. Walau bagaimanapun, ini hanyalah permulaan bagi suatu perjalanan panjang yang terpaksa ditempuh pada hari-hari yang mendatang. Kegagalan hari ini, tidak bermakna tidak boleh menempa kejayaan cemerlang di masa hadapan.

Terkejut Ini Yang Terjadi Saat Ibu Abam Menonton Filem Terakhir Abam Di Panggung Wayang. Warganet Terkejut Dengan Apa Yg Dilakukan Penerbit.

SEPANJANG menonton filem Jodoh Sy4itan di malam gala yang diadakan pada Jumaat, ibu kepada pelawak Abam Bocey iaitu Sabariah Arshad tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir. Sabariah, 63, memberitahu karya terakhir lakonan Abam itu membuatkan dia berasakan Abam masih berada di sisinya.

“Saya rasa seperti dia ada di sebelah saya. Rasa seperti ada dekat dengan saya. Walaupun dia sudah tidak ada, karyanya masih ada. Sabariah menerima sumbangan daripada penerbit filem Jodoh Sy4itan. “Saya harap, orang ramai dapat sokong dan tonton filem ini,” katanya kepada mStar.

Sabariah ditemui ketika malam gala filem Jodoh Sy4itan di E@Curve, Petaling Jaya, pada malam, Jumaat. Filem itu juga merupakan filem terakhir lakonan Abam sebelum dia pergi menghadap illahi 10 Februari lalu. Pada malam gala itu, penerbit filem iaitu Da Motion Sdn Bhd turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga Abam Bocey berikutan pemergian pelawak popular itu baru-baru ini.

Walaupun abam sudah tiada, dia masih diingati dan dihargai. SABARIAH ARSHAD, IBU ABAM BOCEY. Sumbangan berupa wang tunai disampaikan penerbit, Datin Norliza Samion dan Prof Datuk Dr Azman Ching kepada ibu Abam, Sabariah Arshad di malam gala tayangan filem berkenaan.

Dalam pada itu, Sabariah meluahkan rasa syukur dan terima kasihnya kepada Norliza dan Azman atas sumbangan yang diberikan. “Terima kasih kepada pihak produksi atas sumbangan ini. Walaupun abam sudah tiada, dia masih diingati dan dihargai,” ujarnya.

Penggambaran filem bermula pada 18 Julai 2018 di Pasir Puteh, Kelantan dan Jertih, Terengganu. Sementara itu, Norliza mewakili syarikatnya berkata, itu adalah sumbangan daripada seluruh produksi di atas pemergian Abam.

Seluruh produksi filem Jodoh Sy4itan juga bersedih dengan pemergian penerbitnya yang juga suami Norliza, Datuk Mokharul Shamsul Mokhtar. Mokharul yang mesra disapa Datuk Are Sey turut berlakon dalam filem itu dan pergi menghadap illahi selepas terbabit dalam kejadian yang tak diingini di jalan raya pada 24 Mei tahun lalu.

Selain Abam, filem arahan Ismail Bob Hashim ini turut dibintangi Soffi Jikan, Aprena Manrose, Jay Iswazir, Kamarul Yusoff dan Fauziah Nawi. Ia akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 5 Mac ini. 

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply