“Malas Dan Merasa Buruk…” – Hamil Anak Pertama, Ini Luahan Fasha Sandha

Pelakon jelita Fasha Sandha kini sedang bahagia hamil anak pertamanya dengan suami yang juga seorang pelakon, Aidil Aziz.

Namun begitu Fasha dan Aidil pernah melalui fasa duga pada Jun tahun lalu apabila Fasha mengalami kegvguran selepas beberapa bulan hamil.

Walaupun sedang hamil, rezeki pelakon ini tidak pernah putus. Terbaru, Fasha dilantik menjadi Ikon Kebaya untuk tahun yang keempat.

“Helppppp, mengandung anak perempuan memang menjadikan kita malas dan merasa buruk kan.

Nasib baik ada adikku @alhaalfa @ezal_ezlizan. Shoot untuk tahun ke 4 saya sebagai Ikon kebaya Malaysia @rumahkebayabangsar @syuscouture. Gigih kan, walaupunnnnnn,” tulis Fasha ketika melakukan penggambaran untuk promosi sebagai ikon tersebut.

Namun begitu, rata-rata netizen yang meninggalkan komen pada entri tersebut tetap memuji kecantikan Fasha dan seri wajah ibu mengandung.

Fasha Sandha berkahwin dengan Aidil Aziz pada 30 Mac 2019. Ini merupakan perkahwinan kedua untuk Fasha dan sebelum ini dia sudah mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

Imbas kembali lakonan Fasha Sandha dalam Patah Sayap Bertongkat Paruh dan Dua Takdir Cinta pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro Go. Muat turun aplikasi GO di Google Play dan Apple Store sekarang!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply