Pelawak Jibob OnxOn Selamat Menjalani Pembed4han Buang D4rah Beku Di Kepala

Minggu lalu pelawak Jibob yang juga anggota OnxOn di Maharaja Lawak Mega 2019 telah dimasukkan ke hospital selepas terjatuh di rumahnya.

Akibat kejadian itu, Jibob atau nama sebenarnya Mohd Hamizi Hashim kemudiannya dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Neurology Hospital Kuala Lumpur (HKL), kerana d4rah beku di kepala.

Dalam perkembangan terkini, pelawak berusia 33 tahun itu dilaporkan sudah selamat menjalani pembed4han mengeluarkan d4rah beku di kepalanya, Selasa lalu.

Perkara tersebut turut dikongsi Che Mat (OnXOn) menerusi laman sosial Instagram (IG)nya semalam yang membuat kemaskini selepas melawat sahabatnya itu.

Che Mat atau Rahmat Saidin berkata, Jibob sudah dipindahkan ke wad ICU biasa daripada dan sesekali memberi tindak balas dengan membuka mata apabila namanya dipanggil.

“Alhamdulillah…Petang tadi pi melawat Gbob. Dia dah dipindakan dari ICU Neurology ke ICU biasa. Keadaan dia semakin bagus.

“Banyak tindak balas selepas operation semalam. Tadi kami banyak bersembang. Walaupun hanya aku saja yang bercakap, dia hanya sesekali buka mata tapi tindakbalas daripada tangan, mata dan kaki dia…aku tau dia tengah jawab segala yang aku cakap.

“Harap keadaan esok jadi lebih baik dari hari ini. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat sahabat saya,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah… Petang Tadi Pi Melawat gibob.. Dia Dah Dipindahkan Dari Icu Ke Neuro Icu (Wad Rawatan Rapi) Keadaan Dia Semakin Bagus. Banyak Tindak Balas selepas operation Semalam . Tadi Kami Banyak bersembang.. Walaupun hanya aku saja yang Bercakap Dia Hanya Sesekali Bukak Mata Tapi Tindakbalas Dari Tangan Mata & Kaki Dia , Aku Tau Yang Dia Tengah Jawab Segala Apa Yang Aku Cakapkan.. Alhamdulillah.. Harap Keadaan Esok Jadi Lebih Baik Dari Hari Ini .. Sesama Kita Doakan Yang Terbaik Buat Sahabat Saya. @jibob_official #prayforgibob #gibob #OnXOnMLM2019 #onxon #zonlawak #astrogempak #rajalawak #rajalawakunited #maharajalawakmega

A post shared by RahmatSaidin (@chemat_rajalawak) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah.. 1 perkembangan Yang Baik @jibob_official . Semoga hang terus Kuat Untuk Kembali Sihat..Kami Sahabat2 Sentiasa Doakan Hang Gibob.. #prayforgibob #OnXOnMLM2019 #onxon

A post shared by RahmatSaidin (@chemat_rajalawak) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply