Connect with us

Hiburan

Hari ke-2 masuk kerja, dh ada staff kant0i dengan Menteri Agama

Published

on

PUTRAJAYA – Saya bukan (jenis) kerja one man show (seorang) diri. Saya akan perkenalkan cara kerja mengikut sistem piramid, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Katanya, cara kerja beliau juga lebih menitikberatkan konsep masa dan tidak suka anak buahnya (penjawat awam) bawah jabatan dan agensi kementerian mengabaikan waktu ketika menjalankan amanah.

Menurut beliau, ketua jabatan itu juga perlu menyediakan lap0ran setiap minggu kepadanya berhubung tugas kakitangan bawahan supaya semua bekerja secara profesional.

“Saya suka kerja secara piramid, saya bukan one man show. Mulai sekarang juga setiap ketua perlu ada lap0ran mingguan bagi kakitangan bawahannya.

“Bos atau ketua unit perlu periksa kakitangan masing-masing. Jam 9 pagi mereka di mana, jam 3 petang mereka di mana. Takkan jam 4 petang masih makan lagi. Ini budaya tak elok,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Tausiyah Am kepada kakitangan jabatan dan agensi agama bawah Kementerian di Jabatan Perdana Menteri di Masjid Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Marzuki Shaari.

Menurut Dr. Zulkifli, antara yang beliau akan tekankan dalam konsep kerja ialah setiap mereka berada di awalan, iaitu datang kerja awal dan siap kerja awal.

Ini kerana ujarnya, nikmat yang mereka miliki adalah untuk rakyat dan masa itu pula bersifat keemasan.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan tidak dapat masuk awal ke pejabat pada hari pertamanya semalam kerana perlu menghadiri dan menyelesaikan beberapa perkara berkaitan pelantikannya sebagai menteri.

“Semalam saya tak masuk pejabat, sengaja saya masuk hari ini sebab nak solat sunat dhuha dan solat sunat hajat dengan tuan-tuan,” katanya.

Dr. Zulkifli turut menyentuh mengenai cabaran yang berkaitan dengan masa, iaitu apa yang dilihat dan diperhatikannya, kakitangan banyak membazirkan waktu.

“Kadang-kadang mereka buat kerja tidak penting, hilang waktu bertugas, tempat duduk kosong, anak buah tidak dapat dikesan oleh ketua dan sebagainya.

“Ini konsep tidak s1ihat. Padahal, kalau kita datang awal, buat kerja awal, kita dapat menyiapkan kerja lebih awal,” katanya.

Perkenal Fail Meja

Katanya, selepas ini beliau akan memperkenalkan fail meja, iaitu sebaik kakitangan masuk pejabat, mereka sudah tahu apa bidang kerja yang perlu dilakukan dan tugasan itu mengikut kelayakan masing-masing.

“Saya mahu kakitangan di jabatan dan agensi agama ini setaraf dengan kakitangan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kerja dengan profesional.

“Sebolehnya saya mahu mengelak stigma buah mulut orang ramai bahawa orang agama, agensi agama ini l3emah, tidak stabil (dari segi kerja),” katanya.

Beliau turut menjelaskan, konsep Rahmah di bawah pentadbirannya ialah kasih saya, bukan membalas dend4m, kerana amanah itu lebih tinggi dan merupakan pakaian bagi setiap umat Islam.

Selain itu, Dr. Zulkifli juga menyatakan akan memberi hadiah kepada pekerja yang 200 peratus cemerlang.

Katanya, hadiah itu akan diberikan kepada semua peringkat jawatan termasuk yang berjawatan rendah asalkan layak.

Mulakan kerja dengan solat sunat Dhuha

Sementara itu hari ini beliau telah memulakan tugas rasmi sebagai Menteri Agama dan telah pun memasuki Kementerian bagi mengetuai mesyuarat pertama sebagai seorang menteri.

Apa yang mencuri tumpuan warganet, Dr Zulkifli telah memulakan hari pertama beliau dengan solat Dhuha secara berjemaah.

Hal tersebut dinyatakan dalam satu memo (semalam) di mana sesi penyampaian amanat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang berlangsung hari ini akan dimulai dengan solat sunat duha dan solat sunat hajat.

Majlis kesyukuran dan amanat yang berlangsung di Dewan Solat Utama, Masjid Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin, Putrajaya dijangka bermula kira-kira jam 8.30 pagi.

Majlis yang dianggarkan berlangsung selama satu jam setengah itu dijangka berakhir pada jam 10 pagi.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, ketua agensi dan seluruh warga kementerian berkenaan.

Solat sunat sebelum masuk mesyuarat

Majlis yang dinamakan Majlis Tausiah ini dilakukan secara langsung di Facebook rasmi beliau dengan dihadiri agensi-agensi di bawah Kementerian Hal Ehwal Agama Islam.

Sebaik selesai majlis tersebut, Dr Zulkifli telah pun memulakan tugas dengan memasuki pejabat dan menunaikan solat sunat terdahulu serta memulakan mesyuarat dengan kakitangannya.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet mulai meninggalkan komen diruangan Facebook sumber dengan mendoakan agar bekas mufti itu dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya.

” MasyaAĺlah. Alhamdulillah semuga pentadbiran di bawah Datuk Doktor Zulkifli akan sentiasa di rahmati dan di lindungi Allah dan sentiasa mengangkat mertabat Islam di tempat yg di redhoi Allah Amin” tulis Alwi

Sumber : duniadanakhirat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending