Berjaya beli rumah sendiri, c4cat penglihatan bukan penghalang Azmi Saat kejar impian!

Penyanyi terkenal, Azmi saat yang juga merupakan vokalis kumpulan Caliph Buskers tidak menjadikan status orang kelainan up4ya (OKU) cacat penglihatan sebagai penghalang untuk dirinya mengejar impian.

Kata Azmi Saat seperti dipetik Sinar Harian, sejak aktif melibatkan diri dalam industri muzik, bakatnya itu semakin dihargai sekali gus memberikan lebih banyak peluang buat diri berk0ngsi bakatnya.

“Alhamdulillah sejak bergelar artis saya dapat mengembangkan bakat nyanyian dan muzik pada ruang yang lebih besar.”

“Kalau dulu, saya hanya menyanyi di jalanan dengan kelompok peminat yang kecil. Malah saya hanya melakukan rutin yang sama kerana keterbatasan diri.

 

Azmi Saat turut melu4hkan rasa syukurnya kerana dapat mengembangkan bakat yang ada kepada ruang yang lebih besar dimana dia dulunya hanya menyanyi di jalanan dengan kelompok peminat yang kecil.

Namun begitu, setelah masuk dalam industri hiburan tanah air, jelasnya kehidupan diri berubah selain banyak peluang diberi kepadanya.

“Bila masuk industri, kehidupan berubah 360 darjah. Banyak peluang orang bagi untuk saya bawa bakat sejauh mana yang mampu tanpa sebarang prejvdis,” katanya menerusi Sinar Harian.

Pun begitu, dapat diperhatikan bahawa berkat usaha dan kesungguhan penyanyi ini, sekarang dia mampu tersenyum kerana berjaya bersaing secara terbuka dengan rakan-rakan selebriti yang lain.

 

Azmi Saat berjaya membeli rumah 

Dalam pada itu, Azmi Saat turut bersyukur kerana dia kini juga berjaya membeli rumah sendiri selain akui perubahan hidupnya kini lebih baik berbanding dulu.

“Sekarang, alhamdulillah saya berjaya membeli rumah sendiri dan bakal siap untuk diduduki tidak lama lagi. Dalam masa yang sama, saya juga dalam proses mengumpul barang-barang muzik untuk keperluan studio milik saya sendiri nanti.”

Sumber: Sinar Harian via HCL

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply