Connect with us

Hiburan

Kekal Relev4n Dalam Kalangan Peminat Baru, Ini Formula Jamal Abdillah

Published

on

 

Penyanyi Datuk Jamal Abdillah mengakui kolaborasinya bersama Wany Hasrita merupakan salah satu cara untuk kekal relevan dalam kalangan peminat baru.

Kini popular dengan lagu duet Belenggu Rindu, Jamal bersyukur kerana single terbabit mendapat respon positif pendengar.

“Alhamdulillah, lagu Belenggu Rindu mendapat penerimaan baik dan diputarkan di banyak stesen radio. Itulah sebenarnya formula saya…

“Selain mahu bekerjasama dengan penyanyi baru yang berbakat seperti Wany, saya mahu memasuki aliran perdana kerana mahu kekal dalam industri ini,” kata Jamal.

Tambah pelantun lagu Kekasih Awal dan Akhir ini, dia juga mahu lagu nyanyiannya mendapat sambutan baik di stesen radio tempatan.

“Saya sedar, ramai penyanyi senior mempunyai masalah yang sama jika mereka keluarkan lagu baru kerana ada segelintir stesen radio tidak memutarkan lagu mereka.

“Dengan kolaborasi bersama penyanyi muda, saya masih dapat rasakan sambutan baik semua stesen radio dan saya akan terus menggunakan cara yang sama untuk menarik peminat baru,” katanya lagi.

Jamal ditemui di majlis prebiu buffet Ramadan di Hotel Tenera Bangi baru-baru ini.

Hotel Tenera menawarkan hidangan warisan yang menampilkan 200 menu enak bertemakan warisan Melayu.

Bersempena dengan sambutan Ramadan tahun ini, Hotel Tenera turut menawarkan promosi istimewa untuk early bird menikmati hidangan berbuka puasa.

Untuk sebarang informasi lanjut, layari laman Facebook dan Instagram Hotel Tenera.

 

Sumber : Gempak

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending