Connect with us

Hiburan

“Aku Tinggalkan Kerana Allah…”- Hazeman Huzir Tidak Lagi Bersama Motif Viral

Published

on

 

Pengacara Hazeman Huzir atau dikenali sebagai Haze mengesahkan dia tidak lagi bersama program Motif Viral.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Haze menerusi akaun Instagram miliknya.

Menurut Haze, program itu banyak mengajarnya dari hal dunia hingga ke akhirat.

“Selamat Tinggal Motif Viral.

“Banyak yang rancangan ni ajar aku. Dari walhal dunia. Ke walhal akhirat.

“Di sini aku alpa dalam kemahsyuran. Di sini aku kejarkan pengiktirafan manusia. Di sini lah aku berambut putih.

“Aku, naik aku sebagai manusia. Punca stres aku yang merehatkan aku. Rehat yang berhikmah untuk kembali belajar bertuhan,” tulisnya.

Haze memuat naik foto bersama tiga lagi pengacara lain iaitu Shalma Aina, Syafa Nisa dan Pink Azwan.

Tidak menjelaskan sebab mengapa dia men1ngg4lkan program tersebut, namun Haze memberitahu semua perkara dilakukan olehnya hanya kerana Allah.

“Buat yang tertanya akan punca dan musabab. Kisahnya panjang berjela. Namun agar ada penutup sebagai pemuas hati:

“Niat asal aku kerjakan MV, kerana dunia. Kerana aku mahu dikenali. Kerana aku nak popular. Kerana aku nak dijulang manusia.

“Niat asal aku itu sudah salah. Makanya, aku kerjakan Motif Viral untuk dunia, aku tinggalkan kerana Allah.

“Kita jumpa di YouTube Channel Hazeman Huzir. It’s time that I do me. Assalamualaikum,” katanya lagi.

Motif Viral merupakan sebuah program yang merungkai perkara pelik dan viral yang terjadi di Malaysia.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat Tinggal Motif Viral. Banyak yang rancangan ni ajar aku. Dari walhal dunia. Ke walhal akhirat. Di sini aku alpa dalam kemahsyuran. Di sini aku kejarkan pengiktirafan manusia. Di sini lah aku berambut putih. Jatuh aku, naik aku sebagai manusia. Punca stres aku yang merehatkan aku. Rehat yang berhikmah untuk kembali belajar berTuhan. Di sini lah. Namun dalam kecelaruan aku menggapai ranting Iman yang menipis. Muncul beberapa tetamu beragama. Seperti Ustaz @dr_kamilinjamilin_official @putahaofficial @puazmanofficial dan beberapa tetamu agamawan dan ahli kitab. Tidak sesekali mereka melabelkan aku munafik. Walau fizikal ku nyata sebegitu. Tidak sesekali mereka menegur tatacaraku. Walau cara ku nyata tidak berfitrah. Tapi dakwah mereka kepada aku adalah semata-mata melalui keperibadian mereka. Dan sebagai manusia yang dikurnia akal untuk berfikir, itu sudah memadai. Jadi terima kasih kepada mereka yang disebutkan tadi. Semoga syurga untuk kalian. Dan terakhirnya pesanan kepada sahabat sehidup semati, host @shalmaainaa @nnisa.mo @pinkazwan. Dan Team belakang tabir @eedavogue @hazwanyahya (ramai lagi tak dan nak sebut jangan kecik hati tau ada max nak type kat caption ni) Persahabatan kita, kekalkan. Andai tidak nampak aku di syurga, tarikkan. Yang pasti kita tidak akan putus. Hidup kita bersulam kerana MV. Kekalkan ke Jannah. Insyallah. Kepada penonton MV, aku yang hari ini kerana doa anda. Doakan pula aku istiqamah. Buat yang tertanya akan punca dan musabab. Kisahnya panjang berjela. Namun agar ada penutup sebagai pemuas hati: Niat asal aku kerjakan MV, kerana dunia. Kerana aku mahu dikenali. Kerana aku nak popular. Kerana aku nak dijulang manusia. Niat asal aku itu sudah salah. Makanya, aku kerjakan Motif Viral untuk dunia, aku tinggalkan kerana Allah. Kita jumpa di YouTube Channel Hazeman Huzir. It’s time that I do me. Assalamualaikum.

A post shared by Hazeman Huzir (@hazemanhuzir) on

 

Sumber : Gempak

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending