‘Baby You’ Bawa Pendengar Ke New York dan Lorong-lorong Di Thailand! –  Preslden Def Jem Thailand, Daboyway Lancar Slngle Baru

 

Penyanyi rap popular Thailand, Daboyway baru-baru ini melancarkan single terbaru ‘Baby You’ yang terk4ndung dalam album debut ‘Daboyway’, melalui syarikat Def Jam Recordings Thailand.

Untuk lagu ini, Daboyway, yang dibesarkan di New York, Amerika Syarikat ini telah memilih untuk bekerjasama dengan produser berbakat, Richard Craker (dikenali untuk kerja beliau bersama Sam Feldt dan penyanyi utama kumpulan Oasis) dan pengarah muzik video, Gary Gagliano atau Gags. 

“Album ini adalah inisiatif Daboyway dan Def Jam Thailand untuk mencari dan mempr0mosikan bakat hip hop Asia yang baru.

“Objektif saya sebagai presiden Def Jam Thailand adalah untuk mewujudkan peluang dan menyediakan platform global untuk artis tempatan.

“Album ini menggambarkan perjalanan hidup saya dari New York ke Asia Tenggara dan perkembangan saya dari artis kepada eksekutif.

“Ia mempunyai makna dalam hidup saya, dan ia juga boleh dianggap sebagai blueprint untuk generasi akan datang untuk membentuk masa depan mereka,” kata rapper dari Thailand itu.

Lagu ‘Baby You’ dari album debut Daboyway yang amat dinantikan dianggap sebagai lagu pop dengan unsur seksi dan irama yang catchy.

Lagu ‘Baby You’ berkisar mengenai seorang wanita yang walaupun dianggap g4nas dan n4kal tetapi masih mempunyai daya tarikan yang amat tinggi.

“Irama dan rentak yang catchy dalam ‘Baby You’ hanyalah sebahagian dari apa yang ditampilkan dalam album Daboyway yang dilancarkan pada 6 Mac 2020. 

“Pembikinan album ini hasil kerjasama dengan Radio3000 akan membawa pendengar ke suasana seperti berada di jalanan di New York atau lorong-lorong di Thailand.

“Dalam lagu ini, peminat akan dapat menghayati gaya rap signature saya serta irama dan rentak yang catchy.

“Album baru ini juga menampilkan artis bermain dengan sempadan genre, gabungan sempurna genre hip hop, trap, R & B dan pop untuk menghasilkan bunyi tersendiri.

“Album 10 lagu ini turut menampilkan kerjasama dengan beberapa artis terkenal, termasuk Vincent Berry, Joe Flizzow, Violette Wautier, Wonderframe, Twopee dan ramai lagi,” katanya.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply