EMAK – Selagi Masih ADA, Rebutlah Pahala Bahagiakan Dirinya. Kel4k Bila Dah Tiada, Tak Tert4nggung Rindu Padanya

Benar ada yang mengelvh emak kuat berleterlah, itu tak kena… Ini tak boleh dan bermacam-macam lagi. Tetapi percayalah, apa yang emak lakukan hari ini semuanya untuk kesenangan kita pada masa akan datang. Setiap titis peluhnya yang mengalir demi membesarkan kita, menyiapkan kelengkapan, makan dan pakai kita hanya Allah yang mampu membalasnya.

Kredit foto: IG Shaheizy Sam

 

Mak tu,

Walau mulutnya marah, tapi hatinya tidak.

Mak tu,

Walau dia kata l4ntaklah kamu, tapi otaknya masih fikirkan hal kamu.

Mak tu,

Walau dia kata taknak makan sudah, tapi sedar² lauk kegemaran kamu ada kat atas meja.

Mak tu,

Walau dia kata kamu buat salah kamu tanggung sendiri, tapi dia yg tak tidur malam fikirkan masalah kamu, tahu² dia yg bagi jalan utk kamu selesaikan m4salah kamu.

Mak tu,

Walau dia kata kamu j4hat, d3gil, sampai dia penat bagi nasihat, tapi dlm setiap solatnya ada doa utk kamu.

Mak tu,

Walau kamu dah ada keluarga sendiri, tapi dia masih risaukan kesihatan kamu.

Mak tu,

Walau kamu dah besar panjang & tinggal jauh darinya, tapi dia masih gembira jika dpt masakkan & sendukkan nasi ke pinggan anak²nya.

Kredit foto: IG Nora Danish

 

Mak tu,

Walau katanya dia dah tua nak rehat taknak masak dah, tapi dialah paling sibvk memasak bila tahu anaknya nak balik makan.

Mak tu,

Walau nampak dia letih, tapi hatinya paling gembira bila lihat anaknya makan masakannya dgn penuh selera.

Mak tu,

Walau mulutnya kata dia ok, tapi hatinya Allah je yg tahu.

Mak tu,

Walau dia makin tua makin lupa, tapi dia tak pernah lupa janji anak²nya.

Mak tu,

Walau dia kelihatan tenang dikala kamu sedang sus4h, tapi dialah yg sebenarnya paling sedih.

Kredit foto: IG Neelofa

 

Mak tu,

Walau dia kelihatan kuat, tapi dialah paling lemah bila anaknya susah.

Mak tu,

Walau dia cakap dia tak suka apa yg kamu buat, tapi dlm diamnya dia cuba mengikut apa yg kamu mahu.

Mak tu,

Tiada gantinya walau berapa harta yg kita ada. Tiada gantinya walau dia bvruk atau miskin. Tiada gantinya walau siapapun kamu. Tiada gantinya walau kau dpt mak angkat, mak mertua atau mak apapun yg dilihat jauh lebih sempurna, namun Mak kita takkan pernah sama dgn sesiapa. Sebab dia mak kita. Dia Mak kita.

Sayangilah mak sementara dia masih ada. Kerana doanya tiada hijab. Hilanglah satu rahmat bila Mak kembali kepada Pencipta-Nya.

Sumber: Farizal Radzali via Gempak

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply