Connect with us

Hiburan

‘Kami mahu pulang… Semakin ramai yang mat1’

Published

on

 

“KAMI mahu pulang ke Malaysia, keadaan di sini (Itali) tidak terkawal dengan jumlah mereka yang dij4ngk1ti dan men1ngg4l dunia akibat Covid-19 meningkat secara mendadak.

“Diharap kerajaan Malaysia dapat mengeluarkan segera rakyat Malaysia di Itali, kebanyakan h0sp1tal juga sudah tidak dapat menampung jumlah pes4kit akibat terlalu ramai yang dij4ngk1ti w4bak.”

Demikian luahan rakyat Malaysia di Itali, Norul Ridzuan Zakaria, 50, yang merayu supaya kerajaan Malaysia segera mengeluarkan mereka dari negara itu selepas Itali mencatatkan angka kem4tian tertinggi di luar China iaitu mencecah 1,000 orang.

Norul Ridzuan yang bekerja sebagai pembekal untuk anak syarikat agensi angkasa Itali berkata, mereka sudah dikvarantin bermula pertengahan Februari manakala semua kedai, sekolah, universiti serta pejabat ditutup sepenuhnya.

“Kerajaan Itali hanya membenarkan seorang anggota keluarga untuk keluar rumah membeli barangan keperluan.

“Tetapi hanya pasar raya yang dibuka, malah kami t3rpaksa menunggu di luar pasar raya dengan 10 orang saja dibenarkan masuk dalam satu-satu masa,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Dia yang sudah menetap di Torino, sebuah daerah di utara Itali selama lima tahun berkata, di h0sp1tal pula, keadaan s3sak dengan pes4kit, malah ada antara mereka terpaksa ditolak kerana wad tidak mencukupi.

“Bayangkan, rakyat mereka sendiri pun terpaksa ditolak (untuk r4w4tan), inikan pula rakyat luar.

“Sebab itu saya memilih untuk keluar secepat mungkin dari Itali kerana keadaan di sini sudah tidak terkawal, bayangkan dalam tempoh sehari jumlah j4ngkitan mencecah 800 hingga 1,000 orang,” katanya.

Bapa kepada dua anak itu berkata, Kedutaan Malaysia di Rom sudah mewujudkan kumpulan Whatsapp khas dan meminta nama rakyat Malaysia yang mahu pulang segera ke tanah air.

“Ada yang memilih tidak mahu pulang kerana mempunyai beberapa kekangan, tetapi saya tetap mahu pulang kerana memikirkan keselamatan keluarga.

“Disebabkan itu, saya cuba berhubung dengan (Datuk Seri) Hishammuddin Hussein (Menteri Luar), Tan Sri Muhyiddin Yassin (Perdana Menteri) melalui Facebook supaya mereka prihatin dengan nasib kami.

“Alhamdulillah, Datuk Seri Hishammuddin memberi maklum balas positif dengan membalas komen di Facebook saya,” katanya.

Dia yang berasal dari Taiping, Perak itu berkata, ketika ini penduduk di bandar terkenal seperti Milan, Venice yang terjejas paling teruk sudah keluar dan berhijrah ke bandar lain.

“Keadaan di Milan dan Venice kosong ketika ini berikutan rata-rata penduduknya sudah berhijrah ke bandar lain.

“Disebabkan itu kami t4kut kemungkinan ada antara mereka yang membawa wabak berkenaan ke daerah lain,” katanya.

 

Sumber : HM

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending