“Masih terklnja-klnja atas pentas, malu nak cakap dah pakai tudung” – Shiera ada sebab belum meng4ku sudah berhijab

TAMPIL dengan imej berhijab, ramai peminat memvji penampilan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira atau lebih mesra disapa Shiera.

Shiera, 45, bagaimanapun berkata dia enggan membuat pengakuan sudah mengenakan tudung sepenuhnya kerana masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajari sebelum membuat keputusan itu.

“Saya akvi ada yang puji saya bertudung tapi saya tak mahu mengaku yang saya dah pakai tudung… lepas balik umrah kita cuba perlahan-lahan dekatkan diri dengan agama tapi tak perlulah nak kata dah pakai tudung.

“Sebabnya kita pun masih terkinja-kinja atas pentas, malu nak cakap pakai tudung nanti orang kata perangai masih tak sen0noh.

“Lagi pun banyak tudung di rumah kita pakai sajalah, benda ada buat apa nak simpan. Alhamdulillah, keluarga dan kawan-kawan pun doakan yang baik-baik, saya cuba perlahan-lahan,” katanya kepada mStar.

Shiera dan adiknya, Sharifah Sakinah suka hiburkan peminat dengan lawak jenaka.

Sering memuat naik kisah harian keluarga di laman Instagram, Shiera memberitahu ada peminat mencadangkannya mewujudkan akaun Youtube.

Namun dia mengakui kesibukan kerja dan menguruskan keluarga membataskannya untuk memiliki akaun peribadi di laman tersebut.

 

“Saya ni sebenarnya suka berlakon cerita-cerita lawak dan sitkom tapi tak ada tawaran, jadi share sajalah kehidupan lawak di media s0sial!”, katanya.

“Ada yang cadangkan saya buka Youtube dan kongsi kehidupan peribadi setiap minit sebab kelakar… tapi tak sempat lagi!

“Saya ni sebenarnya suka berlakon cerita-cerita lawak dan sitkom tapi tak ada tawaran, jadi share sajalah kehidupan lawak di media sosial.

“Sekarang ini pun banyak masa dengan anak, nak keluar sangat pun tak berapa suka sebab nak kena bawa anak, jadi kita habiskan masa bersama mereka di rumah,” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply