Vietnam Hasilkan Bilik Steril Bergerak, Boleh Hapvskan 90% Bakt3ria & V1rus

Ketika Asia Tenggara sedang bergelut memerangi C0vid-19 ketika ini, salah satu negara anggotanya iaitu Vietnam tampil dengan inovasi baru yang dapat membantu mengurangkan impak penularan virvs berb4haya itu.

Mobile sterilisation chambers atau mungkin boleh kita sebut sebagai bilik steril bergerak ini direka oleh Insitute of Occupational Health and Environment dengan kerjasama Hanoi University of Science and Technology.

Menurut laporan TipsMake, sistem ini direka berdasarkan kefahaman prinsip penggunaan larutan garam terionisasi (ionized saline solution) dalam bentuk semburan ke seluruh badan berupaya mem4tikan semua kuman di permukaan badan manusia.

Justeru, semua larutan disinfectant ini dihasilkan khusus bagi tujuan tersebut dengan memastikan ia selamat dan tidak akan menjejaskan kawasan kulit sensitif.

Jadi bagaimana ia berfungsi? Seorang individu hanya perlu masuk ke dalam bilik atau ruang kecil tersebut dan berdiri sementara seluruh badan mereka disembur oleh cecair khas tersebut.

Difahamkan, proses tersebut hanya mengambil masa sekitar 15 ke 20 saat dan ia boleh menampung kapasiti 1000 individu setiap hari. Dan hasil kajian mendapati, lebih 90% bakteria dan virus di permukaan badan dan pakaian berjaya dihapuskan selepas melalui semburan tersebut.

Malah, bilik khas itu turut direka agar ia boleh dibuka dan dipasang semula di lokasi-lokasi lain yang menjadi tumpuan orang ramai.

Setakat ini, ia telah mula diletakkan di beberapa kawasan khas seperti di pintu masuk klinik kesihatan, pusat rawatan dan sekolah-sekolah di sekitar Hanoi sejak Februari lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply