Connect with us

Hiburan

“Pilu hati tengok situasi ni” – Jen4zah M4ngsa C0vid-19 Selamat Dikebvmikan

Published

on

Negara baru sahaja digemparkan dengan berita dua kematian pertama rakyat Malaysia yang meninggal dunia disebabkan wabak Covid-19. Malam tadi, jenazah mangsa yang beragama Islam telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bakar Batu, Johor Bharu.

Menurut Astro Awani, lebih kurang 10 petugas telah menyempurnakan acara pengebumian dengan dilengkapi personal protective equipment (PPE) untuk mengelakkan risiko jangkitan.

Difahamkan, keluarga jenazah lelaki yang berusia 34 tahun itu tidak dapat datang ke tanah perkuburan kerana berada dalam perintah kuarantin di Hospital Permai.

Mangsa telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada tengah hari Selasa.

Mangsa merupakan salah seorang peserta perhimpuan tabligh yang diadakan di Masjid Jamek Sri Petaling baru-baru ini dan merupakan pesakit ke-178 di negara ini.

Rata-rata netizen mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. 

Apa kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber : Lobakmerah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending