Alhamdulillah Dahlia Tr1vago sudah berhijjab

Dahlia Trivago sudah berhijab,

Jika disebut nama pengacara Dahlia Shazwan mungkin tidak ramai yang mengenalinya, tetapi dia lebih dikenali sebagai Gadis Trivago yang sering menjadi perhatian kanak-kanak dan bayi bila iklan Trivago ditayangkan di televisyen.

Namun selepas empat tahun menjadi muka depan Trivago di Malaysia, Dahlia telah buat keputusan untuk mengundurkan diri. Sebelum ini, pernah tular beberapa video bayi yang terpukau dan gembira selepas menonton iklan Trivago yang menampilkan Dahlia sebagai jurucakap.

Melihat penampilan terbaru Dahlia sebentar tadi semasa rancangan Hlive ke udara, ramai yang memuji kecantikannya yang sudah mula memakai tudung. Dahlia yang mengacarakan rancangan tersebut nampak manis dan ayu bersama Adriana Adnan.

Ramai juga rakan artis dan para peminat yang terkejut dengan perubahan penampilan dari Dahlia.

 

Dahlia pakai tudung ke? cantik!

Alhamdulillah @dahliashazwan. So pretty!

My mom said cantek dahlia bertudung

cantiknyaa..nampak lawa sgt kak Dahlia macam ni

Kalau tak bagitau tu dahlia, serious tak cam. Good move @dahliashazwan loveeee

Alhamdulillah dan tahniah kami ucapkan buat Dahlia. Kami doakan agar Dahlia akan terus kekal istiqomah, bukan mudah bagi seseorang selebriti itu untuk mengubah penampilan untuk berhijab. Akan ada banyak halangan dan ujian yang akan dihadapi. Semoga segalanya dipermudahkan

Dahlia berkahwin dengan pegawai pemasaran, Shafiq Ismet pada 23 Julai 2016. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang dilahirkan pada 22 Februari 2018.

Alhamdullilah returning home after an amazing spiritual journey with my loved ones. Syukur ya Allah for the rezeki given to bring my mother here. Moga semua dapat rezeki menjadi tetamu Allah suatu hari nanti. Amin

 

 

TAHNIAH diucapkan kepada pengacara Dahlia Shazwan, 28, yang telah sah bergelar isteri kepada seorang eksekutif pemasaran, Shafiq Ismet, 26, kira-kira jam 10.15 pagi tadi.

Pasangan sama cantik, sama padan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Amin Omar di hadapan jurunikah Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Mohd Azri Ahmad Kamil.

Dahlia yang popular menerusi rancangan Hlive! menerima tiga dulang hantaran, mas kahwin berjumlah RM90 berbalas lima dulang kepada pihak pengantin lelaki. Manakala, wang hantaran dirahsiakan.

Pada majlis penuh bersejarah itu, Dahlia memilih untuk menggayakan busana rekaan Hatta Dolmat.

Pasangan ini telah bertunang tujuh bulan lalu sebelum sepakat untuk mendirikan rumah tangga.

Pasangan ini bakal diraikan dalam majlis resepsi di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside pada 31 Julai

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: penakita

Be the first to comment

Leave a Reply