Jangan Ketawa, Pelindung Muka DIY Aishah Ini Mungkin Membantu Kita Semua Nanti!

 

Penyanyi popular Aishah, berkongsi cara membuat sendiri pelindung muka kepada sahabatnya seorang doktor.

Idea tersebut tercetus selepas sahabatnya dikenali sebagai Dr Nazlin membuat posting di Whatsapp memberitahu beliau mencari plastik pembalut buku untuk dijadikan pelindung muka.

Bagaimanapun Dr Nazlin yang juga presiden kelab peminat Aishah akhirnya berjaya mencipta pelindung muka sendiri menggunakan plastik yang dik0yak daripada fail.

“Ini kawan saya Dr Nazlin, beliau merupakan seorang doktor Estetik dan General Practitioner juga presiden kelab peminat Aishah FCFF.

“Walaupun tidak bertugas di hospital yang berhadapan dengan pesakit COVID-19 secara terus, beliau tetap berdepan dengan pesakit-pesakit yang berpotensi mengidap penyakit ini di kliniknya.

“Tengahari tadi dalam Whatsapp group FC kami beliau kelam k4but cari plastik yang selalu dijual di kedai buku, masalahnya kedai buku semua tutup.

“Nasib baik, entah fail mana beliau dah k0yakkan plastiknya untuk buat face shield tu,” tulisnya.

*Dr Nazlin

Aishah berkata ideanya mula timbul untuk mencipta pelindung muka sendiri apabila terpandang botol air kosong ketika hendak membuang sampah.

“Petang tadi tengah  menguruskan sampah, saya terpandang botol air kosong. Idea datang!

“Inilah hasilnya, tolong jangan bahan gambar ‘doktor’ baru ni ek. Sekadar nak tunjuk saja.

“Dengan menggunakan botol air ni kita boleh buat face shield sekiranya terpaksa keluar buat masa ini.

“Permukaan yang ker4s dan melengkung senangnya nak jadikan pelindung muka DIY. Boleh adjust sendiri nak potong panjang mana.

“COVID-19 ni menurut Lin boleh dijangkiti melalui cecair dari mata dan sebagainya. Jadi face shield begini memang perlu untuk frontliners ni.

“Tetapi biasalah benda-benda macam ni terhad dan juga agak mahal sekarang. So kita try yang ni.

“Take care Lin, and all the frontliners.Our prayers are with you guys always,” tulisnya.

 

Sementara itu diruangan komen Dr Nazlin telah mengucapkan terima kasih kepada Aishah kerana telah memberi idea dengan rekaan tersebut.

Aishah juga dilihat membalas komen Dr Nazlin sambil memberitahu tidak ada cara lain yang boleh dibuat untuk membantu para petugas kesihatan juga barisan hadapan penentang COVID-19 ini.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

This my friend,Dr.Nazlin,she is also an aesthetic doctor and also a GP,ALSO the president of my @aishahfcff_official.Walaupun dia tidak bertugas di hospital yg. berhadapan dgn pesakit Covid19 secara terus,dia tetap berdepan dgn pesakit2 yg berpotensi mengidap penyakit ini di kliniknya.Tengahari tadi dlm Whatsapp group fc kami dia kelam kabut cari plastic yg selalu dijual di kedai buku.Masalahnya kedai buku semua tutup.Nasib baik,entah fail mana dia dah koyakkan plastik utk buat face shield tu.Ptg.tadi tgh nak menguruskan sampah,I terpandang botol air yg kosong.An idea was triggered!!.Inilah hasilnya,tolong jangan bahan gambar ‘doktor’baru ni ek???Sekadar nak tunjuk saja.Dgn menggunakan botol air ni kita boleh buat face shield sekiranya terpaksa keluar buat masa ini.Permukaan yg keras dan melengkung dgn senangnya menjadikannya a DIY face shield.Boleh adjust sendiri nak potong panjang mana.Covid19 ni menurut Lin boleh dijangkiti melalui cecair dari mata dan sebagainya.Jadi,face shield begini memang perlu utk frontliners ni.Tetapi,biasalah benda2 mcm ni semua sekarang terhad dan juga agak mahal.So kita try yg ni.Take care Lin,and all the frontliners.Our prayers are with you guys always❤❤❤

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply