“Disebabkan Kat Luar Banyak Vlrus, Papa Buat Playground Dalam Rumah” – Almy Nadia

 

Pelakon Datin Almy Nadia berkongsi sepotong video anak-anaknya sedang bermain gelongsor di dalam rumah menerusi laman sosial Instagram (IG)nya.

Menurut Almy, set gelongsor tersebut dibeli suaminya Datuk Fizz Fairuz kerana bimbangkan kesihatan anak-anak disebabkan virus COVID-19 yang sedang menular.

“Disebabkan luar banyak virus bahaya, jadi papa dia wujudkan taman permainan dalam rumah khas untuk anak-anak dia. Terima kasih papa,” tulisnya.

Perkongsian Almy itu telah ditonton 90 ribu kali dan rata-rata yang meninggalkan komen memuji cara pasangan suami isteri itu mengisi masa berkualiti bersama anak-anak.

Kepada ibu bapa di luar sana, tak susah pun nak habiskan masa bersama anak-anak ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini, contohi Almy Nadia dan Fizz Fairuz.

Taman permainan dalam rumah, not bad kan? 

Hari ini sudah masuk hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan, ingat #dudukrumah dan patuhi arahan ya!

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Disbbkan luaq bnyk virus bahaya .. jadi. Papa dia wujudkan taman permainan di dalam rumah khas utk anak2 dia.. terima kasih papa.. ❤️❤️❤️❤️

A post shared by Almy Nadia (@almynadiaofficial) on

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply