Raja B0moh Muncul Kembali, Pagar Satu Dunia Daripada COVID-19!

 

Masih ingat tak lagi kepada ‘Raja B0moh’  atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin yang pernah mencetuskan fenomena menerusi ‘buah kelapa dan teropong ajaibnya’ beberapa tahun lalu?

Sepi seketika selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, ‘Raja B0moh’ muncul kembali dan mend4kwa sudah ‘memagar’ seluruh dunia daripada virus COVID-19.

‘Raja B0moh’ yang tular di media sosial sejak semalam (Khamis) itu turut mendakwa dihubungi b0moh dari seluruh dunia yang meminta bantuannya untuk menghentikan COVID-19.

Bagaimanapun, apa yang mencuit hati warganet ialah bomoh kontroversi ini tidak meninggalkan teropongnya untuk ritual perubatan kali ini .

 

Malah, tindakannya memagar dunia menggunakan model bumi itu turut menjadi bahan senda warganet.

Namun, tidak semua warganet terhibur dengan aksi Raja B0moh ini kerana ada juga yang menganggap dia mempersendakan isu serius sedang melanda negara.

Video Raja B0moh yang dikongsi menerusi laman sosial Facebook Sultan Melaka itu telah ditonton 106 ribu kali sehingga pagi tadi dengan 1 ribu perkongsian.

Menerusi video tersebut, Raja Bomoh turut menyeru orang ramai mematuhi arahan Perdana Menteri supaya duduk diam di rumah demi keselamatan semua.

Dia turut mendoakan agar COVID-19 dapat dipulihkan dalam masa terdekat ini.

Sebelum ini, Ibrahim  beberapa kali mengejutkan orang ramai dengan ritual perbomohan yang dilakukan bersama-sama para pengikutnya seperti  membawa buluh kecil sebagai teropong, dua biji kelapa dan lima meriam buluh di beberapa lokasi bagi beberapa tujuan termasuk ‘melindungi’ Malaysia daripada serangan nuklear Korea Utara.

Ibrahim juga pernah berjanji untuk tidak lagi menggunakan gelaran Raja B0moh selepas didakwa atas pertuduhan atas pertuduhan menghlna Islam atau menyebabkan Islam dipandang hlna.

Ketika hukuman dijatuhkan terhadapnya tiga tahun lalu, lelaki berusia 69 tahun itu mengaku bahawa semua perbuatan ritual perb0mohannya merupakan kesalahan dan menyalahi akidah Islam.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply