Shahida engg4n komen isu rumah tangga, IG Aliff Syukri pula dihujani komen

Buat peminat yang sering mengikuti perkembangan pasangan ini akvi terkejut kerana tiada angin tiada ribut sejak kelmarin hangat diperkatakan tentang rumah tangga Datuk Seri Aliff Syukri dan isteriya, Datin Seri Nur Shahida.

Ini kerana telah timbulnya d4kwaan, Datin Seri Nur Shahida sudah menfailkan percer4ian di mahkamah.

Berikutan hal itu, Harian Metro menghubungi isteri usahawan popular ini namun dia dilaporkan enggan memberikan sebarang komen tentang status rumah tangganya itu selain memohon maaf.

 

“Bab rumah tangga saya tak nak komen. Minta maaf ya,” ujarnya ringkas seperti yang dipetik menerusi Harian Metro.

Dalam pada itu, Datuk Seri Aliff Syukri juga dihubungi namun enggan mengulas tentang perkara tersebut.

“No komen,” ujar ringkas Datuk Seri Aliff Syukri.

Seperti yang diketahui, hangat diperkatakan mengenai rumah tangga pasangan ini apabila usahawan kosmetik itu tidak lagi mengikuti laman Instagram isterinya, Datin Seri Nur Shahida dan perkara itu sekali gus mengundang pelbagai spekulasi daripada ramai.

Walau bagaimanapun, gara-gara isu berkenaan mula tular sejak semalam, posting Datuk Seri Aliff Syukri di Instagram (IG) pula dihujani pelbagai pertanyaan dan komen daripada pengikutnya.

Posting di IG Aliff Syukri pula dihujani pelbagai komen

Dalam pada masa yang sama, pengikutnya juga seperti tidak percaya dengan spekulasi yang timbul selain pelbagai reaksi kurang senang netizen turut ditinggalkan mereka menerusi ruangan komen.

Reaksi netizen

 

Netizen minta jangan cerai

 

 

Sumber: Harian Metro, Instagram via HCL

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply