Walaupun sudah tidak ada ikatan suami isteri, tetapi kasih sayang masih ada di antara mereka, apatah lagi mempunyai dua orang anak bersama.
Chef Wan tidak dapat menahan kesedihannya dalam beberapa entri yang dikongsi di Instagram miliknya.
Dalam satu entri, Chef Wan berkongsi detik terakhir arwh isterinya, Allahyarhamah Norhayate Ayub.
“Terima kasih atas ribuan ucapan takziah dan doa atas pemerglan bekas isteri saya akibat masalah buah pinggang, kencing manis dan beberapa jam sebelum arwh meninggal, dia kena serangan strok ringan pada otak.
“Dia dimasukkan ke hospital kembali kerana serangan pneumonia dan kesukaran bernafas. Pada hari arwh meninggal, dia sedang buat dialisis sebelum terkena strok dan kesukaran bernafas.
“Dalam tiga jam dia n4zak, saya dan anak lelaki ada di situ tetapi anak perempuan saya dalam penerbangan dari Kuala Terengganu,” tulis Chef Wan panjang lebar.
Menurut Chef Wan, pada ketika itu dia berasa tidak sedap badan dan mengambil keputusan untuk pulang ke rumah seketika, ambil ubat, mandi dan datang semula ke hospital.
“Ketika mandi, saya dapat berita arwh sudah tiada melalui anak lelaki kami,” tulis Chef Wan.
Pada masa itu, menurut Chef Wan ahli keluarga mula berkumpul untuk mengucapkan selamat tinggal.
“Menurut anak lelaki kami, nafas arwh semakin lemah sebelum menghembuskannya yang terakhir.
“Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dia tidak perlu lagi melalui segala kesakitan dan dipotong kedua-dua kakinya,” tulis Chef Wan lagi.
Tambah Chef Wan, arwh dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana. Segala urusan jen4zah seperti mandi jen4zah dan solat diuruskan dan dia membuat urusan dengan Masjid Ampang.
Semua ahli keluarga berkumpul di masjid sepanjang malam baca Yassin dan Al-Quran dan menjaga jenazah sehingga esok pagi sebelum dikebumikan.
Tulis Chef Wan, mulanya dia ingin mengkebumikan arwh bekas isterinya di tanah perkuburan berhampiran rumahnya di Cyberjaya tetapi dalam keadaan panik, dia ke Masjid Ampang.
“Nasib ada Ahli Jawatan Kuasa Masjia ketika itu dan Imam juga memberitahu saya supaya jangan bimbang.
“Dapatkan surat forensik daripada hospital dan kita akan hantar kereta jen4zah untuk dibawa ke masjid. Itu yang Imam bagi tahu saya,” kata Chef Wan.
Chef Wan bersyukur segala urusan pengkebumian arwh isterinya berlangsung dengan baik dan tenang.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber: Gempak
Leave a Reply