Lepas Belanja KFC, Ebit Lew Belanja ‘Aircond’ Untuk Staf Hospital Shah Alam dan Ampang

Pendakwah bebas, Ebit Lew, sememangnya dikenali dengan dakwahnya yang  lemah-lembut dan sifat pemurah kepada golongan yang memerlukan.

Terbaharu, Ebit Lew menghulurkan sumbangan berupa alat penghawa dingin mudah alih kepada staf di Hospital Shah Alam dan Ampang.

Menerusi video yang dimuat naik, beliau dilihat menyerahkan sendiri penghawa dingin kepada staf kesihatan kerana tidak sanggup melihat mereka kepananasan dalam menangani w4bak Covid-19.

Ya Allah, melihat mereka berpanas dengan baju begitu..

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sebak bila dengar ramai staf kkm dan swasta juga ada yang positif covid 19. Bila lihat mereka frontliner berpanas sangat dengan baju begitu. Ya Allah..mendapat tahu mereka perlukan portable aircond. Terus belikan 4 aircond untuk hospital shah alam. 3 saya beli sendiri dan 1 dari Dato Zainal dan kak Dini.. Nak melangkah keluar rumah jer dah berdebar. Macam manalah mereka ini semua begitu kuat melalui semua ini. Mereka sedang berjihad. Bantulah beri mereka sihat selamat. Kita pula duduklah dirumah dan doakan mereka. Dengar nasihat dan saling mendoakan yer Doakan banyak khemah,portable airocond, laptop diperlukan di banyak hospital dan ada hospital habis mask..doakan yer Allah mudahkan semuanya yer-ebitlew PertubuhanKasihUmatMalaysia CIMB 8603546376

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Ya, Allah terimalah sedikit usaha ini..

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tak tahan air mata bila tahu kesusahan mereka. Bila baca kesusahan dan pengorbanan front liner di Hospital Ampang. Terus order aircond portable untuk Hospital Ampang. Syukur dapat pergi hantar sekejap ni. Tak tahan tengok mereka panas pakai suit macam tu. Panas. Mujahadahnya kerja mereka. Kerja bertambah-tambah. Ramai juga yang dah kuarantin. Ya Allah terimalah sedikit usaha ini buat kami bersatu hati . Dapat mendengar kesusahan mereka. Beri sedikit kata semangat betapa besar nilai jihad mereka ketika ini. Ya Allah jagakanlah mereka semua ya Allah. Beri kekuatan dan ketabahan pada mereka semua ya Allah. Doakan yer banyak hospital lain lagi nak dibantu. Disini pun perlu khemah besar untuk kemudahan. Doakan yer . Terima kaseh Dr Ridzuan dan team menerima sumbangan kecil ini. Baik sangat Dr dan kakitangan disini. Senyum lemah lembut jer walau sangat penat dan saat musibah ini. Terima kaseh Dato Seri Syed Zainal bagi nombor contact dan kak Dini yang menyelaraskan tadi -ebitlew Pertubuhan Kasih Umat Malaysia CIMB 8603546376

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Moga Allah memberikan ganjaran pahala kepada Ustaz Ebit Lew dan semua mereka yang menghulurkan bantuan. Amin!

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Ebit lew via siakapkeli

Be the first to comment

Leave a Reply