“Kerana Tanggungjawab & Jihad, Hanya Allah Yang Mampu Balas” – Ebit Lew Sumbang Makanan Pada Petugas Hospital

Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew tampil memberikan sumbangan makanan kepada petugas kesihatan dan kecemasan di Hospital Sungai Buloh. 

Menerusi laman sosial Instagram, Ebit berkongsi sebuah vid3o sumbangan tersebut untuk tatapan umum. 

“Pergi beli KFC belanja staf Hospital Sungai Buloh. Sayang mereka sangat. Mendengar ramai kawan-kawan juga sedang kuar4ntin diri melalui saringan di sini. Ya Allah, sayu tengok yang jaga kaunter di kecemasan dan yang bertugas di saringan covid 19.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pergi beli kfc belanja staf hospital sg buloh. Sayang mereka sangat. Mendengar ramai kawan-kawan juga sedang kuarantin diri melalui saringan disini. Doa dari jauh jer. Ya Allah. Sayu jer tengok yang jaga kaunter di kecemasan dan yang bertugas di saringan covid 19. Saya yang tengok kaunter depan tu jer dah berdebar. Nak keluar rumah takut. Tapi apa yang buat mereka berani. Kerana tanggungjawab dan mereka tahu ini semua jihad. Hanya Allah yang membalasinya. Walau mereka juga pasti risau takut macam-macam fikir. Mereka akan berusaha sehabisnya untuk menjaga diri dengan mask dan pakaian khasnya. Dan meletakkan keyakinan dan penyerahan pada Allah. Itulah ubat pejuang seperti mereka. Buat orang ramai satu jer ubat ya sekarang..duduk dirumah. Kuarantin diri masing-masing dekat rumah. 2minggu ni terus jangan keluar kecuali kecemasan dan tanggungjawab. Ya Allah disini ramai orang saya sayangi dikuarantin. Jagakanlah mereka semua. Sembuhkanlah mereka ya Allah. Yang diicu selamatkan mereka ya Allah. Segera sembuhkan mereka. Berilah keajaiban mu. Hilangkanlah wabak virus covid 19 di seluruh Malaysia dan dunia ya Allah-ebitlew PertubuhanKasihUmatMalaysia CIMB 8603546376

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

“Saya yang tengok kaunter depan tu je dah berdeb4r. Nak keluar rumah takut. Tapi apa yang buat mereka berani. Kerana tanggungjawab dan mereka tahu ini semua jihad. Hanya Allah yang membalasinya. Walau mereka juga pasti risau takut fikir macam-macam.

“Mereka akan berusaha sehabisnya untuk menjaga diri dengan mask dan pakaian khasnya. Dan meletakkan keyakinan dan penyerahan pada Allah. Itulah ubat pejuang seperti mereka,” tulis Ebit di ruangan kapsyen.

Malah, Ebit turut menasihati orang ramai untuk duduk di dalam rumah selama dua minggu semasa Perintah Kawalan Pergerakan diadakan. 

Ebit turut sempat memohon kepada Allah SWT agar memberi kesembuhan kepada mereka yang positif Covid-19 serta hapuskan wabak yang melanda satu dunia kini.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji tindakan murni dan prihatin Ebit. 

“Alhamdulillah semoga ustaz diberikan kesejahteraan, kesihatan dan rezeki yang berlipat ganda daripada Allah SWT,” doa seorang wargamaya. 

“Setiap kali baca kapsyen ustaz, mesti saya rasa seb4k. Terima kasih ustaz,” komen seorang wargamaya.

“Amin ustaz, semoga negara kita kembali pulih seperti sedia kala,” sokong seorang wargamaya lagi. 

Sehinga kini, video tersebut telah menerima hampir setengah juta tontonan daripada warga Instagram.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply