“Terbaik… moga bertambah semangat” – Ramai terh4ru, petugas Covid-19 HKL terima hidangan air tangan Tunku Azizah

KOMITMEN tinggi petugas barisan hadapan (frontliners) berdepan w44bak Covid-19 ternyata menyentuh hati ramai.

Malah, pengorbanan mereka turut mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Ahad.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Tunku Azizah menyumbangkan makanan buat petugas-petugas Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Lebih kurang pukul 12.30 tengahari tadi Hospital Kuala Lumpur telah menerima sumbangan makan tengahari sebanyak 100 pek daripada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah untuk petugas-petugas kesihatan di Wad Covid-19.

“Pek tersebut meng4ndungi nasi putih, sayur goreng, ayam goreng dan kari telur yang dimasak sendiri oleh KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong.

“Juga disumbang adalah air mineral dan buah limau. Pek makanan tengahari diserahkan oleh wakil Istana Negara, Mohd Isam Yusof,” ujarnya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan HKL turut mer4kamkan perhargaan atas keprihatinan Tunku Azizah terhadap petugas yang bertungkus lumus berkhidmat sepanjang w4bak Covid-19.

Tunku Azizah memberi sumbangan makanan buat petugas Covid-19 di HKL.

Ujarnya, sumbangan itu tentunya menyvntik semangat buat mereka dalam memberikan rawatan terbaik.

Dalam pada itu, posting berkenaan turut dihujani dengan pelbagai komen netizen.

Malah, ia sehingga kini menerima lebih 7,300 tanda suka di laman Facebook.

“Terbaik… moga bertambah semangat pasukan perubatan kita menjalankan tugas.

“Syukur Alhamdulillah… daulat Tuanku.

“Moga allah permudah urusan petugas-petugas KKM,” tulis beberapa individu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply