“Saya ambil inisiatif hantar ke kelas lakonan” – Anak Farid Kamil cebvri bidang lakonan, nak berlakon filem aksl

 

KEMUNCULAN istimewa anak sulung Datuk Farid Kamil iaitu, Muhammad dalam filem Remp-it 2 merupakan batu loncatan untuk kanak-kanak itu memulakan langkah dalam bidang lakonan.

Menceritakan pembabitan awal sebagai pelakon, Farid berkata Muhammad, 7, menunjukkan minat dalam bidang ini dan pernah menyatakan hasrat untuk berlakon dalam filem 4ksi.

“Sebenarnya secara kebetulan Muhammad jadi pelakon dalam filem Remp-it 2, kita memang dah buat skrip dan perlukan seorang pelakon kanak-kanak yang boleh naik motosikal.

“Setiap kali buat latihan, saya bawa dia bersama tapi dia pula yang tervja dan berada atas motor dulu, dia berminat jadi terus terdetik di hati saya apa salah kalau kita cuba.

“Saya tanya Muhammad, dia kata nak berlakon filem 4ksi macam J Revolusi… tapi itu belum sampai tahap dia lagi, Remp-It 2 jadi permulaan!,” katanya kepada mStar.

Muhammad atau Chemad menunjukkan minat dalam dunia permotoran.

Bagi memastikan Muhammad mampu membawakan watak tersebut dengan baik, Farid berkata dia menghantar anak sulungnya itu mengikuti kelas bersama pelakon Dr Norzizi Zulkifli selama sebulan.

“Disebabkan dia berminat, jadi saya ambil inisiatif sendiri hantar ke kelas lakonan yang dikendalikan oleh Dr Norzizi dan menjalani beberapa sesi kelas lakonan.

“Ada orang tanya, ayah dan ibu dia pun pelakon tak boleh ke beri tunjuk ajar pada anak? Sebenarnya itu pun salah satu c4baran sebab apabila kita terbit filem di bawah produksi sendiri, semua perkara di bawah kawalan kita.

“Takut terlepas pandang lakonan dia, jadi lebih baik bagi kepercayaan kepada orang lain untuk ajar dan saya hantar dia ke kelas Dr Norzizi selama sebulan. Alhamdulillah, di set penggambaran dia nampak cukup bersedia,” ujarnya.

Ditanya adakah selepas ini dia akan mended4hkan anaknya dengan dunia lakonan dan menerima tawaran daripada produksi lain.

Farid bersama isteri tersayang Diana Danielle dan dua anak mereka, Muhammad dan Aurora.

Farid berkata, dia tidak mel4rang minat Muhammad itu, namun adalah lebih baik jika anaknya itu fokus terhadap pelajaran terlebih dahulu.

“Filem Remp-it 2 adalah permulaan untuk dia mengenali dunia lakonan, bagi penglibatan sebelum mencecah usia remaja biarlah di bawah kawalan produksi kami dahulu.

“Apabila tiba waktu sesuai baharulah dia boleh serius menerima tawaran produksi lain… sekarang ini kami mahu dia fokus belajar dulu,” katanya.

Selain Farid dan Muhammad, Remp-it 2 turut membariskan pelakon hebat antaranya Niezam Zaidi, Julia Hana dan Cat Farish.

Filem pertama terbitan syarikatnya FKX Film itu dijangka akan ditayangkan pada Ogos depan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply