“Isteri sedih tapi kami tak mampu melawan ketentuan ini!” – Ezad Lazim tangguh majlis bers4nding kali kedua

HASRAT penyanyi Ezad Lazim dan isteri, Zeana Ramli untuk bersanding kali kedua terpaksa dit4ngguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan w4bak Covid-19.

Meskipun bersedih terpaksa menunda majlis tersebut, Ezad berkata dia percaya ada hikmah di atas apa yang berlaku.

“Niat nak meraikan ulang tahun perkahwinan ketujuh kami nampaknya tak kesampaian kerana penularan w4bak Covid-19 ini.

“Tapi apa nak buat, kita hanya mampu merancang selebihnya tuhan tentukan, persiapan semua memang dah siap! Isteri pada awalnya bersedih tapi akhirnya kita tak mampu melawan ketentuan ini.

“Saya percaya ada hikmah lain… Mudah-mudahan ada sesuatu yang baik selepas ini. Sekarang ini kami habiskan masa bersama keluarga, mengemas rumah!,” katanya.

Ezad dan isteri sambut ulang tahun perkahwinan ke-7 pada 30 Mac ini.

Baru-baru ini, penyanyi lagu Demi Cinta itu mengumumkan bakal bersanding sekali lagi dengan isteri di sebuah premis acara di Petaling Jaya pada 29 Mac depan.

Majlis persandingan itu serentak dengan perasmian perniagaan berkaitan perancang perk4hwinan yang diusahakan Ezad bersama isteri.

Ditanya tarikh baharu majlis mereka itu, Ezad berkata semuanya bergantung kepada keadaan semasa.

“Tarikh baharu tak tahu lagi, bergantung keadaan semasa sehingga Covid-19 ini dah pulih.

“Apa yang penting semua orang jaga diri, jaga kesihatan… apabila keadaan sudah kembali okay kita nak kerja pun hati rasa senang,” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply