Bukan Saja-saja Buat, Hans Isaac Berdebar Tunggu Hasil Ujian Saringan C0vid-19

Datuk Hans Isaac berdebar menunuggu keputusan ujian saringan C0VID-19.

Menerusi Instagramnya, penerbit, pengarah dan pelakon itu berkongsi video dia sedang menjalani ujian berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan orang sekeliling.

 

“Proses pemeriksaan masih okay lagi tetapi nak tunggu hasil ujian, itu yang mencemaskan saya.

“Keputusan ujian hanya akan dikeluarkan selepas 48 jam. Sekarang saya masih lagi menunggu. Memang berdebar,” katanya kepada Berita Harian.

Difahamkan, Hans sebelum ini menerima teguran warga maya kerana tidak melakukan ujian saringan hospital selain mend4kwa ujian itu hanya boleh dilakukan sekiranya dia menunjukkan simptom C0vid-19.

“Saya jalani ujian bukanlah saja-saja seperti disangka ramai. Dua minggu lalu, saya dimasukkan ke sebuah pusat perubatan kerana mas4lah j4ngkitan kum4n pada paru-paru.

“Saya dir4wat selama lima hari. Walaupun di hospital, tapi kita tak boleh jamin penul4ran wab4k ini tidak boleh berlaku,” jelasnya.

Tambah Hans, dia menggunakan khidmat pihak swasta bertauliah untuk melakukan ujian berkenaan di rumahnya sebagai langkah keselamatan diri dan orang sekeliling.

Dalam masa sama, Hans merayu kepada orang ramai supaya mematuhi perintah kawalan pergerakan.

“Jangan disebabkan kedegilan kita, orang lain menjadi m4ngsa,” katanya.

Kes semakin meningkat, tetapi kesedaran masyarakat masih pada tahap membimbangkan hingga boleh mendidih d4rah memikirkan sikap penting diri masing-masing.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: cari

Be the first to comment

Leave a Reply