“Ada simpt0m kurang waras” – Doktor Sahkan ‘Pramugari’ Mengaku Lari Dari Hospital Adalah Pesakit Psikiatri

Tular tentang seorang wanita yang didakwa pramugari syarikat penerbangan di Singapura melarikan diri ketika menjalani ujian saringan C0vid-19 di Hospital Parit Buntar.

Namun, menurut tuan empunya badan yang telah memberi penjelasan dia sebenarnya bukanlah pramugari seperti yang dikatakan sebaliknya, hanya pernah mengikuti kursus pramugari selama sebulan di Sungai Besi pada November tahun lepas.

Selain itu, ketika dihubungi wartawan dia mengaku melarikan diri namun bukan kerana sengaja tapi tak tahan kelaparan akibat menunggu terlalu lama di bilik isolasi.

“Memang saya mengaku saya lari. Saya dah tak tahan duduk situ, tanpa makan dan minum. Saya pun menangis dekat abang angkat saya cakap nak makan apa semua.” Tak apalah abang angkat saya pun bawa saya pergi makan. Lepas tu saya tak larat balik hospital, jadi saya baliklah rumah family abang angkat saya.”

Akui berlaku sedikit salah faham, dia telah pun kembali untuk mendapatkan raw4tan dan kini ditempatkan di Hospital Taiping.

Bagaimanapun, wanita ini bukan sekadar menunjukkan simptom C0vid-19 tetapi turut disahkan oleh doktor yang merawatnya bahawa dia mengalami simpt0m ‘psikiatri’ atau kurang waras, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata pada jam 3.45 petang kelmarin, wanita ini telah menyerahkan diri bersama ‘abang angkatnya’ berusia 26 tahun di perkarangan Hospital Parit Buntar sebelum diserahkan ke Hospital Taiping.

Selain mempunyai simptom C0vid-19, suspek turut dikesan mempunyai simptom kurang waras dan kini dalam tindakan lanjut pihak Hospital Taiping.”

“Terdahulu suspek yang didakwa seorang pramugari syarikat penerbangan di Singapura, bukanlah pramugari sebenar sebaliknya tidak berkerja dan perkara itu disahkan sendiri oleh bapanya, Abdul Malek Ahmad, 45, sewaktu sias4tan dijalankan pihak polis semalam.”

“Susp3k yang pernah memaklumkan kepada bapanya bahawa dia berkerja di sebuah kedai telefon di Sungai Dua, Pulau Pinang adalah alasan susp3k untuk keluar dari rumah.”

‘Abang angkatnya’ itu dilaporkan telah menjalani ujian saringan kesihatan selepas dinasihati pihak polis dan keputusannya negatif. Kes kini sedang disiasat mengikut Seksyen 22 (B) Akta Pencegahan dan Pengawalan peny4kit Berjangkit 1988.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisangg

Sumber: Lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply