COVID-19: Lebih 83,000 Kes, Amerika Kini P0tong China Jadi Negara Paling Banyak Kes Positif Di Dunia

Amerika Syarikat (AS) kini disahkan mempunyai kes j4ngkitan COVID-19 paling tinggi di dunia dengan mencatatkan lebih daripada 83,500 kes positif.

Merujuk kepada rajah data terkini oleh Johns Hospkins University, AS telah mendahului China  (81,782 kes) dan Itali (80,589 kes).

Malah, jumlah kematian turut merekodkan sebanyak lebih 1,100 pesakit yang terk0rban akibat w4bak itu.

White House yang memberi respon kepada data yang dikeluarkan oleh Johns Hospkins University berkata, angka berkenaan adalah ‘sumbangan’ daripada usaha pengesanan kes positif besar-besaran yang diusahakan kerajaan.

Naib Presiden Amerika Syarikat berkata, ujian untuk mengesan pesakit COVID-19 kini tersedia di semua 50 buah negeri dan lebih daripada 552,000 ujian sudahpun dilaksanakan.

Angka tinggi ini dicatatkan ketika Donald Trump sebelum ini berharap negara itu akan kembali bekerja dengan ‘lebih cepat’, selepas kira-kira 3.3 juta pemberhentian (operasi kerja).

“Mereka perlu kembali bekerja, negara kita sedang kembali, negara kita ini bergantung kepada mereka dan saya fikir ia akan berlaku dengan begitu pantas.

“Kita akan mengambil bahagian untuk negara kita, kita akan mengambil bahagian yang besar untuk negara kita supaya ia tidak akan jadi lebih serivs dan kita boleh lakukannya.

“Ramai orang salah faham apabila saya mengatakan perlu kembali (bekerja), sebaliknya mereka perlu mengamalkan sedaya upaya untuk penjarakan sosial, sentiasa membasuh tangan, tidak berjabat tangan dan semua perkara yang telah kita sebutkan,” katanya di White House pada Khamis.

Memandangkan AS kini sudah mendahului China, Trump turut mengatakan pada wartawan bahawa, “Anda tidak akan tahu berapa jumlah sebenar (kes) di China,”

Beliau menjelaskan akan berhubung dengan presiden China, Xi Jinping melalui telefon pada Khamis malam.

Dalam satu surat kepada gabenor negeri pada Khamis, Trump mengatakan pihaknya merancang untuk melaksanakan garis panduan penj4rakan sosial persekutuan yang boleh memberi panduan kepada sesetengah kawasan untuk melonggarkan sekatan.

Trump menulis tentang ‘pertempuran yang panjang’ dan menyebut protokol pengesanan ‘kuat’ mungkin membenarkan beberapa daerah untuk lebih selamat melawan COVID-19.

Katanya, garis panduan baharu itu akan mencipta zon risiko rendah, sederhana dan tinggi yang akan membolehkan kerajaan  untuk memberi panduan sama ada untuk mengekalkan atau meningkatkan penjarakan sosial dan sebarang langkah mitigasi yang lain.

Bolehkah Trump akan meminta semua rakyatnya kembali bekerja?

Tidak. Pada awal bulan lalu, Trump meletakkan tempoh 15 hari untuk memperlahankan kadar penularan COVID-19 dengan menggesa semua rakyat negaranya untuk mengurangkan skala interaksi awam secara drastik buat masa ini.

Tetapi garis panduan (baharu) itu adalah secara sukarela dan tidak melibatkan semua perintah nasional.

Namun Perlembagaan AS menjelaskan setiap negeri mempunyai kuasa untuk mengekalkan ket3nteraman dan keselamatan awam, di mana para sarjana memaksudkan ia adalah berkenaan tanggungjawab gabenor untuk memutuskan waktu bila sekatan wabak itu akan berakhir.

Presiden AS itu telah menggunakan kuasa persekutuan untuk menangani w4bak, seperti Akta Bantuan Kecemasan & Bantuan Bencana Stafford yang membenarkan penggunaan dana sebanyak 10 bilion dolar untuk kecemasan negara.

Beliau juga bertindak di bawah Akta Pembuatan Pertahanan yang membenarkannya untuk menggerakkan kilang menghasilkan bekalan perubatan.

Sumber: BBC

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: siakapkeli

Be the first to comment

Leave a Reply