Lima beranak terper4ngkap 20 jam, tidur di kebun pisang tak tahu PKPD dilaksanakan

 

LIMA beranak ‘terperangkap’ hampir 20 jam di kebun pisang di Kampung Dato’ Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Kluang, Johor kerana tidak menyedari penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperket4tkan (PKPD) di kawasan itu, yang bermula tengah malam Khamis.

Nur’Ain Shafiqah Mas’odin, 26, berkata semasa arahan PKPD dikeluarkan, mereka sekeluarga yang tinggal di Kampung Permatang Sepam, Benut, Pontian, tidak mengetahuinya kerana semua sudah berada di kebun pisang yang terletak di hujung kampung terbabit.

Menurut Nur’Ain Shafiqah, bapanya Mas’odin Supian dan adik Kamarul Afiq, telah ke kebun yang terletak lima kilometer dari tempat tinggal sejak pagi, untuk memungut hasil sebelum dia bersama ibunya Indawati Salbani tiba di situ kira-kira pukul 5 petang, untuk menghantar makanan.

“Disebabkan kami sekeluarga ini berpuasa semalam, kami termasuk seorang lagi adik, Nur’Ain Nabiha, 22, yang datang sendirian merancang untuk berbuka puasa bersama-sama di sebuah pondok di kebun pisang ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Selepas berbuka puasa, Nur’Ain Shafiqah dan ibunya bercadang untuk pulang, manakala bapa dan dua lagi adiknya akan menyusul selepas selesai memunggah hasil tanaman.

Bagaimanapun, dalam perjalanan, mereka tidak dibenarkan keluar dari kawasan itu dan diminta berp4tah balik, kerana PKPD telah dikuatkuasakan di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid.

“Kami terpaksa berp4tah balik dan memberitahu ayah. Ayah menghubungi ketua kampung untuk memaklumkannya. Kami sekeluarga diminta tunggu serta bermalam di pondok di kebun pisang, sebelum bantuan susulan diberikan.

“Alhamdulillah…setelah hampir 20 jam berada di pondok ini, kira-kira pukul 1 petang tadi, kami dibenarkan keluar dari pondok oleh anggota Rela yang bertugas, dan ditempatkan sementara selama 14 hari di Balai Raya Kampung Ibrahim Majid, disebabkan kami bukan penduduk asal kampung ini,” katanya.

Pada Khamis, dua kawasan di Simpang Renggam itu dikenakan arahan PKPD selepas 61 penduduknya dikesan positif COVID-19.

PKPD berkenaan melibatkan seramai 3,570 orang penduduk tempatan daripada 650 keluarga.- BERNAMA.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply