Perdana menteri p0pularkan peniaga pisang goreng, Makcik Kiah trending di Twitter!

 

PENGGUNAAN nama Makcik Kiah sebagai contoh mudah oleh perdana menteri sewaktu pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) ternyata menarik perhatian ramai.

Tidak lama selepas pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat petang, nama Makcik Kiah mula menjadi trending di laman Twitter.

Selain Twitter, nama MakCik Kiah turut menjadi perbualan hangat di Facebook, Instagram serta WhatsApp.

Rata-rata netizen meng4kui terhibur dengan ucapan itu yang mana ia memudahkan mereka memahami ucapan yang disampaikan.

Malah, sebilangan netizen juga mengakui tersentuh saat mendengar ucapan itu yang disifatkan begitu dekat dengan hati masyarakat.

“Analogi Makcik Kiah dan keluarga adalah yang terbaik. Mudah untuk faham (ucapan).

“Alah penerangan pasal Makcik Kiah sangat comel.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya sangat suka contoh keluarga Makcik Kiah. Sangat jelas.

“Kita semua nak jadi Makcik Kiah sekarang,” tulis beberapa netizen secara berjenaka.

Selain netizen, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik turut memuatnaik posting berkenaan Makcik Kiah di laman sosial miliknya.

“Dari makcik Kiah PPR, Pak Usop teksi, Seman Grab, Ujang pomen, Minah cabai warong, Ah Wong bengkel, Mutu roti pratha, Cikgu Letchumi, Esah karen, Mei Fong kopitiam, Wak Radol satey, Pela’oi jual petai;

Posting Dr Maszlee di laman sosial miliknya.

“Lans Korporal Kanang PDRM, prebet Kenny dari Pinampang, Suwaneet pekerja kedai runcit, Lamai di Kodiang, Azri dan Ecah di rumah murah Segambut, Wak Lambak dan Makcik Endok dari Felda, dan ramai lagi dari marhaen-marhaen kota, desa, ceruk hulu, dan pedalaman Borneo.

“Terima kasih YAB PM kerana PRIHATIN,” ujar Dr Maszlee.

Terdahulu menerusi laporan mStar, perdana menteri  mengumumkan Pakej Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion.

Dalam ucapan sama, perdana menteri turut membuat penjelasan mudah dengan menggunakan contoh keluarga Makcik Kiah bagi orang ramai membuat perkiraan mengenai jumlah dan bantuan kategori manakah yang selayaknya diterima mereka.

 

Saya nak beri satu contoh mudah supaya saudara saudari senang kira.

Makcik Kiah kita penjual pisang goreng yang duduk di PPR Desa Tun Razak. Suaminya pesara kerajaan dan kini membawa Grab. Anak Makcik Kiah ini peminjam PTPTN dan pendapatan isi rumah Makcik Kiah bawah RM4 ribu sebulan.

Keluarga Makcik Kiah akan dapat bayaran Prihatin Nasional sebanyak RM1600, tambah baki BSH sebnayak RM600, bantuan pesara kerana suaminya pesara RM500, bantuan tunai e-hailing sebanyak RM500 dan bantuan orang bujang sebanyak RM800 kerana anaknya bujang.

Jika suaminya berkhidmat dengan RELA, dia juga dapat RM200 sebulan hingga wabak ini berakhir.

Keseluruhan secara tunai, pendapatan makcik kiah sekurang-kurangnya RM4200.

Selain itu keluarga Makcik Kiah juga akan mendapat penjimatan sewa PPR selama 6 bulan sebanyak RM744. Penjimatan penangguhan pinjaman kenderaan selama enam bulan, sebanayk RM1800, penjimatan bayaran bil elektrik selama 6 bulan sebanyak RM120.

Anak Makcik Kiah juga akan mendapat pinjaman penjimatan dari penangguhan bayaran balik PTPTN selama enam bulan sebanyak RM1,200.

Kalau Makcik Kiah ada buat pinjaman kredit mikro pula untuk perniagaan pisang goreng dengan bayaran balik pinjaman RM100 sebulan, Makcik Kiah akan mendapat penjimatan sebanyak RM600.

Keseluruhan penjimatan ialah sebanayk RM4,464.

Jadi keseluruhan nilai manfaat yang diterima oleh keluarga Makcik Kiah ini termasuk pemberian tunai dan penjimatan adalah RM8,664.

Jadi makcik kiah pun agak boleh tersenyum sikit dengan kiraan yang saya buat ini.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply