“Ikut Perancangan Nak Bawa Isteri Bercuti, Tapi Apakan Daya…”- Terpaksa ‘Berkvrung’, Nazrief Nazri Buat Deco Sendiri Rai Birthday Isteri

Pelakon Nazrief Nazri terpaksa melupakan hasrat untuk membawa isterinya bercuti sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang diraikan hari ini (27 Mac) susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Nazrief, 29, dia kemudian membuat keputusan untuk menyambut hari istimewa tersebut lewat malam tadi secara sederhana di rumah sahaja.

“Kalau ikut perancangan nak bawa isteri bercuti untuk birthday dia tahun ni, tapi apakan daya PKP pula.

“Jadi, buat jelah apa yang termampu, nak deco lebih-lebih pun tak pandai, selalu upah orang je. Guna apa yang ada je kat rumah, kedai pun banyak tutup.

“Kasihan my sayang, tak apalah, bila keadaan dah okay, nanti kita smabut proper ya sayang. Happy Birthday my better half,” kongsinya menerusi satu entri di Instagram.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kalau ikut perancangan nak bwk wife bercuti utk birthday dia tahun ni..tapi apakan daya…PKP pulak… so buat jelah apa yg termampu…nak deco lebih2 pun tak pandai…selalu upah orang je?…guna apa yg ada je kat rumah…kedai pun byk tutup… Kesian my syg…takpelah..bila keadaan dah okay nti kita sambut proper ye syg…happy birthday my better half…terima kasih sudi terima diri yg serba kekurangan ni..i love u so much…semoga syg sihat2 selalu dan hubungan kita kekal sampai syurga…amin? #wifebirthday #simpleyetmeaningful #stayathome #PKP

A post shared by NAZRIEF NAZRI (@nazrief_nazri) on

Dalam posting tersebut, Nazrief dilihat melakukan dekorasi dengan hanya menggunakan lampu kelip-kelip.

“Terima kasih sudi terima diri yang serba kekvrangan ni. I love u so much. Semoga sayang sihat-sihat selalu dan hubvngan kita kekal sampai syurga,” coretnya sebagai ucapan dedikasi buat isterinya.

Usaha yang dilakukan Nazrief itu turut mendapat pvjian isterinya Aizatul Aqma Hamdan yang juga merupakan seorang model.

“Kami tak boleh keluar untuk meraikannya keraan Kak Rona, jadi suami saya buat kejutan sempena birthday saya. Lihatlah dekorasinya! Ringkas tetapi cukup bermakna. Terima kasih,” tulisnya di Instagram.

Nazrie mendirikan rumah tangga dengan Aizatul pada 16 November 2019.

Dalam pada itu, jangan lupa saksikan drama lak0nan Nazrief Nazri di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply