“Saya perlu beratur beberapa kali untuk bayar beraslngan” – Bekas wartawan jadi runner sepanjang PKP Covid-19

 

SEORANG bekas wartawan menawarkan khidmat sebagai ‘runner’ bagi membeli barangan keperluan asas untuk mereka yang memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Muhammad Rizanizam Abdul Hamid, 39, berkata khidmat itu bukan sahaja dapat membantu mengurangkan pergerakan orang ramai malah memudahkan warga emas, individu berisiko serta mereka yang bimbang untuk keluar rumah dalam tempoh itu bagi mendapatkan barangan yang diperlukan.

Bekas wartawan Harian Metro itu yang mesra dengan panggilan Reza berkata perkhidmatan ‘runner’ yang ditawarkannya bermula Jumaat, telah dapat membantunya membawa pulang sedikit wang untuk menampung perbelanjaan keluarga sepanjang PKP, yang dilanjutkan sehingga 14 April.

“Sambutan yang diterima semalam amat memberangsangkan, pesanan diterima melalui WhatsApp tapi pada hari pertama saya terpaksa hadkan lima keluarga buat permulaan kerana barang yang dipesan daripada satu keluarga agak banyak iaitu antara 20 hingga 25 jenis.

“Setakat ini, pesanan dan penghantaran hanya terh4d di beberapa lokasi seperti Cheng, Batu Berendam, Telok Mas, Duyong dan Alai manakala upah yang diambil ialah berdasarkan jarak lokasi penghantaran iaitu antara RM25 hingga RM40,” katanya.

Muhammad Rizanizam menerima banyak pesanan sejak semalam.

Beliau menamatkan perkhidmatan sebagai wartawan Harian Metro pada 15 Mac lepas selepas berkhidmat kira-kira sembilan tahun sejak 2012.

Muhammad Rizanizam yang pernah bertugas sebagai wartawan Utusan Malaysia mulai 2005 berkata dalam memastikan pesanan pelanggan dipenuhi, beliau tetap mengambil langkah keselamatan dengan memakai pakaian berlengan panjang, penutup mulut dan hidung, sarung tangan serta menggunakan pencuci tangan pembasmi kuman.

Lulusan Diploma Komunikasi dan Media Universiti Teknologi Mara itu berkata beliau perlu memastikan pesanan barang keperluan pelanggan dibeli dan dihantar dalam tempoh masa yang dibenarkan mengikut PKP untuk mengelak sebarang masalah.

Setakat ini, pesanan dan penghantaran hanya terhad di beberapa lokasi seperti Cheng, Batu Berendam, Telok Mas, Duyong dan Alai manakala upah yang diambil ialah berdasarkan jarak lokasi penghantaran iaitu antara RM25 hingga RM40.

Bapa kepada tiga anak perempuan itu berkata pemilihan dan pemb4yaran barangan pelanggan akan dibuat secara berasingan bagi mengelak ia tertukar selain perlu mendapatkan resit sebenar untuk tujuan bukti pembelian dan tuntutan.

“Semalam, pembelian barangan bagi satu keluarga mengambil masa satu jam setengah selain saya perlu beratur beberapa kali untuk pembayaran ber4singan…tetapi ia tidak menjadi masalah asalkan barangan tidak tertukar,” katanya.

Bagi lima keluarga pada Jumaat, dia dapat melunaskan pesanan mereka antara 9.30 pagi hingga 6.30 petang, kata Muhammad Rizanizam, yang berasal dari Perak dan kini menetap di Taman Semabok PerdanA, Melaka.

Antara barang keperluan yang dipesan pelanggannya.

Muhammad Rizanizam juga berusaha mencari barangan yang dipesan pada harga berpatutan dengan kualiti produk untuk mengurangkan beb4n kewangan pelanggan.

Menurutnya perkara yang amat menggembirakan hatinya sebagai seorang ‘runner’ ialah apabila dapat mencari semua barang yang diperlukan pelanggan dan mereka berpuas hati dengan khidmat yang ditawarkannya.

Dia berpegang kepada moto #kitajagakita dan saling membantu mereka yang memerlukan dalam tempoh PKP itu dan berharap dapat meneruskan khidmat itu selepas tempoh berkenaan berakhir.

“Saya sarankan lebih ramai menggunakan khidmat ‘runner’ untuk membeli barangan keperluan agar arahan PKP dapat dijayakan dan w4bak Covid-19 dapat dibendung secepat mungkin,” katanya yang sebelum ini menjual roti pelangi ‘Ugly Toast’ bagi menampung kehidupan keluarganya. – BERNAMA

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply