“Terima kasih kami untuk cinta yang anda beri” – Gen4p 40 hari Ashraf Sinclair pergi, Bunga Citra Lestari ajak orang ramai bert4hlil dari jauh

GENAP 40 hari pemerglan Allahyarham pelakon Ashraf Sinclair, isterinya iaitu penyanyi Bunga Citra Lestari bersyukur masih dihujani kata-kata semangat daripada banyak pihak.

Memandangkan krisis w4bak Covid-19 sedang melanda di seluruh dunia, Bunga berasa sedih kerana tidak dapat berkumpul bersama keluarga dan kenalan bagi mengadakan majlis t4hlil arwh suaminya itu.

“Menjelang 40 hari pem3rgian Ashraf, kami bersyukur kerana masih berterusan dihujani kasih sayang daripada sahabat, keluarga dan orang lain yang selalu mendoakan.

Bunga berkongsi perkara itu di Instagram.

“Dengan keadaan ketika ini, tentunya kita semua tidak dapat berkumpul untuk mengadakan majlis t4hlil bersama.

“Namun sangat bermakna bagi kami jika doa, zikir dah t4hlil dapat dilakukan untuk arwh Ashraf,” tulis Bunga menerusi laman Instastory miliknya.

Allahyarham Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung pada 18 Februari lalu di Jakarta, Indonesia.

Pemergian arwh Ashraf bukan sahaja memberi tamparan kepada keluarga malah semua yang mengenalinya terutama rakan selebriti serta peminat dari Indonesia dan Malaysia.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Cinta ini serta keluarga mengajak orang ramai membaca surah Yassin di kediaman masing-masing pada hari ke-40 pemerglan arwah suaminya pada Sabtu.

Allahyarham Ashraf bersama seluruh keluarganya.

“Dengan berasa rendah hati, kami berharap keluarga dan semua rakan boleh bersama-sama berdoa dan membacakan Yassin dari kediaman masing-masing.

“Pada hari Sabtu 28 Mac 2020 selepas solat Isyak. Semoga arwh Ashraf berada di tempat terindah disisiNya.

“Tiada kata yang boleh menggambarkan rasa terima kasih kami untuk cinta yang anda semua berikan,” katanya.

Bunga, 37, dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply