Glamour Makcik Kiah sekarang

 

 

“SAYA jadi tumpuan umum dalam sekelip mata apabila nama dikaitkan dengan analogi keluarga ‘Makcik Kiah’,” kata guru mengaji al-Quran, Rokiah Mohd Said, 77.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan analogi mudah, keluarga Makcik Kiah untuk pemahaman rakyat ketika membent4ngkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau Prihatin (PREPR).

Rokiah berkata, selepas pengumuman PREPR itu dia menerima puluhan mesej WhatsApp dan panggilan telefon daripada keluarga dan kenalan serta penduduk kampung.

Katanya, mereka mengusiknya dengan pelbagai gurauan selain ada yang mengucapkan tahniah kerana disebut Muhyiddin.

“Sebelum ini, saya hanya dikenali penduduk kampung yang memanggil Makcik Kiah untuk mengajar anak mereka mengaji al-Quran.

“Ada kenalan saya yang menghantar mesej pelbagai imej dan kata-kata menarik serta nasihat berkaitan Makcik Kiah,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Jementah, Segamat, hari ini.

Menurut warga emas itu, dia tidak berkecil hati dengan usikan itu malah berbangga, nama panggilannya kini popular.

Tidak ketinggalan mengusiknya adalah suaminya, Mohamed Yap, 94, yang juga pesara tentera.

Katanya, ada juga orang yang tiba-tiba menghantar mesej meminta gambarnya selain meminta penjelasan berhubung bantuan diumumkan Muhyiddin.

“Nama Rokiah ini diberikan arwh ibu saya Sitam Mohd Yassin dan kebetulan nama arwh datuk pun sama dengan nama bapa Perdana Menteri.

“Orang memang memanggil saya Kiah kerana generasi terdahulu, sekitar 60an memang gemar menyebut separuh daripada nama penuh, seperti Rokiah jadi Kiah, Maimunah jadi Munah dan Ahmad jadi Mad sahaja.

“Nama yang mudah diingat dan ringkas sebutannya, hingga digunakan juga dalam filem lama termasuk arahan Tan Sri P Ramlee,” katanya.

 

Sumber: HM

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply