“Sultan merupakan bayangan Allah dibumi” – Kenyataan Tunku Idris Menimbulkan Persoalan Ramai Pihak

 

Kecoh semalam apabila Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman ibni Sultan Ibrahim ada memuat naik sebuah gambar hadith di laman Instagram milik Baginda.

Dalam post yang dimuat naik oleh Tunku Idris, hadith tersebut berbunyi:

“Sultan merupakan bayangan Allah dibumi, barangsiapa yang memuliakan Sultan, maka Allah akan memuliakannya, barangsiapa yang menghi1na Sultan, maka Allah akan mengh1inanya juga”

Post tersebut menimbulkan persoalan kepada netizen, apakah maksud disebalik hadith itu? Adakah ianya ditujukan kepada seseorang ataupun hanyalah sekadar perkongsian kepada rakyat Malaysia.

Post tersebut turut mendapat kec4man netizen yang kurang senang dengan tindakan Tunku Idris itu.

“I only pray to Allah…”

“Even the prophet…”

“Nk masuk syurga, sembah Allah…”

“The point for posting this?”

Selepas mendapat kec4man netizen, Tunku Idris memuat naik satu lagi post berkenaan isi khutbah yang sepatutnya dibaca pada solat Jumaat yang lepas, berkenaan dengan tajuk ‘Mentaati Raja Tonggak Kesejahteraan Ummah’, bertujuan untuk menjelaskan berkenaan hadith tersebut.

Keliru dengan kesahihan hadith ini, netizen menujukan persoalan ini kepada Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri, namun sebenarnya sudah lama terjawab di dalam laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Berikut adalah jawapan kepada hadith tersebut berdasarkan laman web Mufti Wilayah Persekutuan:

Semoga persoalan ini terjawab dan tiada lagi kekeliruan yang berlaku di antara kita.

Sumber: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/2537-irsyad-al-hadith-siri-ke-281-pemerintah-adalah-bayangan-allah

Sumber : LobakMerah

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply