COVID-19: ‘Ketepikan Peminat, Utamakan Artis..’ Komen Zizan Tarik Perhatian Netizen

 

KUALA LUMPUR: Biarpun filem Bulan Dan Pria Terhebat ditarik balik selepas lima hari tayangan, pelakon utamanya, Zizan Razak akur dengan situasi getir yang menghimpit negara berikutan penularan vi1rus COVID-19.

Zizan berkata, dia percaya syarikat produksi, Nizra Entertainment membuat keputusan tepat demi keselamatan orang ramai.

“Tindakan penerbit tepat, keselamatan menjadi keutamaan. Lagi pun, daripada menanggung kerugian disebabkan tiada penonton, keputusan menarik balik filem adalah langkah terbaik.

“Diakui, penerbit paling terkesan dengan situasi berlaku. Bagaimanapun, kita tidak seharusnya memikirkan kepentingan diri, sedangkan seluruh dunia sedang dilanda musibah,” katanya kepada BH Online.

Selain filem Bulan Dan Pria Terhebat, pelawak yang diangkat Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu berkata, dia bakal muncul dalam beberapa filem besar seperti Abang Long Fadil 3 dan Polis Evo 3.

Namun, katanya, status tayangan untuk dua filem masih belum diketahui, selepas vi1rus COVID-19 kian membimbangkan.

Pelawak kelahiran Dungun, Terengganu itu berkata, dia enggan terlalu memikirkan mengenai kerjaya seninya dalam keadaan seluruh dunia diuji dengan v1irus peny4kit yang meng4ncam ny4wa.

Sebaliknya, Zizan berkata, kini fokusnya mahu membantu wira dan wirawati yang juga petugas barisan hadapan dan menghulurkan bantuan untuk insan yang memerlukan.

“Saya, Neelofa dan beberapa rakan artis merancang membantu petugas barisan hadapan. Selain itu, saya bersama beberapa badan juga kini sedang menyusun strategi bagi membantu mereka berdepan kesempitan hidup.

“Projek dan kerjaya saya serahkan kepada pihak pengurusan mengaturnya, buat masa ini. Apa yang lebih bermakna, saya dapat membantu rakyat Malaysia yang memerlukan,” katanya.

KOMEN NETIZEN :

 

Sumber : BH

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply