Suaml tak teman Suraya bersalin susulan penvlaran w4bak Covid-19

 

HAMPIR tujuh tahun menantikan kehadiran cahaya mata akhirnya penyampai radio Suria FM, Suraya Borhan selamat melahirkan bayi perempuan, jam 3.46 petang semalam secara pembembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Suraya berkata, dia seakan tidak percaya apabila diberi kesempatan untuk memiliki zuri4t dan menatap wajah anaknya.

“Alhamdulillah, selama ini saya hanya mampu melihat orang lain menyambut kehadiran bayi mereka, tapi kali ini giliran saya pula.

“Bayi seberat 3.23 kilogram ini dilahirkan secara pembed4han bagi mengelakkan sebarang risiko memandangkan saya dan suami menunggu detik ini hampir tujuh tahun.

“Tambahan pula, bayi lahir dua minggu lebih awal dari tarikh jangkaan doktor. Bayi berada dalam keadaan sihat dan baik-baik saja,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Suraya, susulan penularan w4bak Covid-19, suaminya, Mohd Johanif tidak berpeluang menemaninya sepanjang proses bers4lin namun bersyukur dapat melihat wajah anak selepas kelahiran.

“PPUM sangat teg4s apabila tidak membenarkan suami menemani di bilik pembed4han sebagai langkah berjaga-jaga akibat w4bak Covid-19. Malah tiada pelawat dibenarkan untuk menemani di wad.

“Namun, syukur selepas bayi selamat dilahirkan jururawat menghubungi suami yang menunggu di lobi untuk bertemu dengan anak sekejap.

“Insha-Allah, esok saya dibenarkan untuk pulang ke rumah. Harapnya keadaan kesihatan saya dan anak berada dalam keadaan baik,” katanya.

Suraya dan Mohd Johanif Mohamed Nadzirin mendirikan rumah tangga pada April 2013.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: HM

Be the first to comment

Leave a Reply